in ,

5 Pembunuh Saiko Paling Menakutkan

5. The Zodiac Killer

Diberikan gelaran The zodiac kille, Ini adalah seorang pembunuh bersiri yang melakukan pemunuhan di sekitar Carlifornia, Amerika syarikat pada tahun 1960 sehingga tahun 1979an. Menakutkan bila pencarian besar besaran untuk menangkap pembunuh ini dilakukan, pihak polis dan juga media menerima 4 pucuk surat yang menggunakan ayat ayat rahsia dan menyimpan mesej rahsia. Maksud sebenar surat tersebut haruslah diselesaikan seperti sebuah teka teki, diantara 4 surat yang dihantar hanya 1 sahaja yang dapat diselesaikan. Dan isi kandungan surat tersebut mengatakan yang dia telah membunuh 37 orang, namun begitu pihak polis hanya mengesahkan mangsa the zodiac killer hanyalah 7 orang sahaja.

Lelaki ini tidak pernah ditemui, tetapi lakaran rupa the zodiac killer adalah seperti berikut, beliau memakai cermin mata, seorang lelaki kulit putih dan kurus. Sehingga hari ini kes the zodiac killer masih lagi disiasat.

4. Tsutomu Miyazaki

Digelar sebagai lelaki drakula, lebih tepat lagi drakula miyazaki, tsutomu berasal dari jepun, selain itu dia juga diberikan gelaran pembunuh kanak kanak perempuan. Ini disebabkan dia akan menculik kanak kanak perempuan, membunuh mangsa selain merogol mayat mangsa. Tidak berhenti di situ dia akan meminum darah mayat. Apa yang lebih menjijikkan, dia akan menyimpan beberapa bahagian tubuh badan mayat untuk dijadikan kenang kenangan, ada yang diberikan kepada keluarga mangsa melalui pos untuk menakut nakutkan mereka.

Apabila ditangkap oleh pihak polis, ayah Miyazaki kecewa dengan anaknya dan membunuh diri, miyazaki kemudian digantung pada tahun 2008 semasa berumur 45 tahun.

3. Ted Bundy

Seorang lagi pembunuh bersiri dengan tabiat yang menjijikkan, ted bundy berasal dari amerika syarikat, dia akan berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menculik wanita, bukan itu sahaja dia juga akan membunuh mangsa dan merogol mereka. Apabila ditangkap dia mengakut telah menjadikan 30 wanita sebagai mangsa. Seperti juga Miyazaki dia akan menyimpan tubuh badan mangsa sebagai kenang kenangan lebih tepat lagi kepala mangsa.

Dia telah dihukum bunuh menggunakan kerusi elektrik semasa berumur 42 tahun. Ted bundy dikatakan sangat jahat, peguam bela dia sendiri mengatakan yang Ted adalah definisi seorang yang kejam tidak berhati perut.

2. Ahmad Suradji

Ini adalah seorang lelaki yang berada dari Medan, Indonesia, Ahmad Sradji adalah seorang ahli sihir yang mengamalkan ritual ilmu hitam yang pelik dan menakutkan. Dia mengaku telah membunuh 42 orang termasuk kanak kanak wanita dan orang dewasa pada tahun 1986 sehingga tahin 1997 diamana jarak umur mangsa2 ini adalah 11 sehingga 30 tahun. Dia membunuh mangsa untuk melaksanakan ritual yang kononnya akan memberikan dia harta dan kuasa. Mayat akan ditanam di kawasan lading tebu berdekatan dengan rumahnya dengan posisi kepala mayat akan berhadapan dengan rumahnya.

Ahmad Suradji telah ditahan pada 30 april 1977 selepas puluhan mayat ditemui diperkarangan rumahnya, siasatan lanjut mendapati yang keluarga ahmad termasuk 3 isteri yang pada asalnya adalah adik beradik juga turut membantu ahmad melakukan pembunuhan2 tersebut. Dia telah ditembak sehingga mati pada tahun 2008.

1. Charles Edmund Cullen

Harapkan pagar, pagar makan padi, itulah perumpamaan yang sesuai diberkan kepada Charles edmun Cullen seorang jururawat lelaki yang bekerja di beberapa buah hospital di New Jersey dari tahun 1984 sehingga tahun 2003, Amerika syarikat. Dia sering dipindahkan dari sebuah hospital ke hospital yang lain disebabkan berlaku kejadian kejadian pelik melibatkan pesakit yang meinggal secara misteri. Mengejutkan apabila siasatan dilakukan mereka mendapati Charles adalah punca utama kenapa mereka meninggal dunia, dengan sengaja dia akan memberikan ubat yang salah kepada pesakit dan meracun mereka.

Menurut Charles dia ingin membantu pesakit pesakit ini dengan mengakhiri penderitaan mereka dengan membunh mereka seperti mana juga yang akan dilakukan oleh malaikat. Dia mengakut telah membunh 40 warga emas yang tenat, tetapi pakar mengatakan dia telah membunuh lebih dari 300 orang. Dia tielah dipenjarakan seuumur hidup.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Objek Sumpahan Yang Benar Benar Wujud

5 Jelmaan Makhluk Menakutkan Dari Seluruh Dunia