in ,

5 Penemuan Bersejarah Yang Masih Misteri

Codex Gigas – Kitab Syaitan

Ini adalah sebuah buku yang Besar lebih besar dari buku yang biasa, Codex Gigas ataupun digelar sebagai kitab syaitan, ini adalah sebuah buku kitab yang penuh dengan misteri, menurut lagenda maysrakat Bohemian yang kini dikenali sebagai Czech republic, buku ini ditulis oleh seorang sami di Czech republik diatas arahan seekor syaitan pada abad ke 13 dahulu. Lagenda menceritakan yang Buku tersebut ditulis oleh seorang sami sahaja dan mengambil masa 30 tahun, selain dari penulisan di dalam bahasa Latin dan Hebrew, disertakan juga gambar illustrasi rupa bentuk syaitan. Buku Codex Gigas mempunyai 160 muka surat dengan setiap helaian dibuat daripada kulit lembu. Dengan mempunyai ketinggian 92 centimeter, dua orang diperlukan untuk mengangkat buku kitab ini.

Antara isi di dalam buku ini adalah sejarah tentang kaum Yahudi, kisah kehidupan syaitan, juga beberapa kisah yang pernah berlaku di dalam sejarah pembentukan agama agama dunia serta pelbagai kisah sejarah yang lain. Codex Gigas ini sekarang berada di muzium perpustakaan Negara Sweden di Stockholm dimana ia dipaparkan kepada orang awam.  Maksud dan tujuan utama buku ini ditulis masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Peta Piri Reis

Ini adalah sebuah peta yang ditemui pada tahun 1929, sebuah peta yang ditulis pada tahun 1513 oleh seorang laksamana tentera turkey yang bernama Piri Reis. Peta tersebut memaparkan kawasan Eropah, Afrika Utara, kawasan persisiran Brazil dan juga Antartika. Apa yang pelik kawasan tersebut hanya ditemui oleh penjelajah 300 tahun selepas peta itu dilukis.

Peta tersebut menggambarkan kawasan antartika dengan terperinci, termasuklah kawasan yang diliputi oleh ais selama 6000 tahun. Para saintis terkejut, kagum dan hairan, macamana Piri Reis boleh melukis peta itu dengan tepat. Dan persoalan tersebut masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.

3. Piramid Giza

Antara penemuan yang popular di dalam senarai ini, pyramid Giza yang terletak di mesir ini dibina pada 5000 tahun dahulu oleh Firaun Khufu, bangunan berbentuk tiga segi ini dikatakan adalah makam kepada firaun, tetapi apa yang pelik tiada mayat yang pernah ditemui di dalam pyramid Giza. Terdapat empat ruang utama yang dikenalpasti oleh ahli arkeologi, Kings Chamber, ruangan yang terletak di tengah tengah pyramid dipercayai adalah kawasan makam Firaun, Queens Chamber sebuah ruangan yang terletak di dasar pyramid, grand gallery, iaitu ruangan untuk naik ke kings chamber dan juga hidden chamber satu ruangan yang dirahsiakan.

Selain dari makam firaun, Pelbagai lagi teori yang dikaitkan dengan fungsi utama pyramid ini, antaranya ialah pyramid digunakan sebagai kondukter eletrik yang menyebarkan elektrik di seluruh mesir, ada yang membuat teori pyramid digunakan sebagai alat pemancar tenaga ke angkasa lepas untuk makhluk asing. Dan kenapa bangunan pyramid tidak eksklusif di mesir sahaja tetapi juga terdapat di tempat yang lain di seluruh dunia, serta pelbagai lagi teori pelik yang lain, apa yang pasti, sehingga hari ini tiada jawapan yang benar2 menjelaskan fungsi utama kenapa pyramid dibina.

Saluran Air Bayi

Pada tahun 1988 satu Penemuan di kawasan Ashkelon, mengejutkan para ahli arkeologi bila mereka menemui saluran air untuk membuang bayi yang digunakan semasa zaman purba rome dahulu. Mereka menemui hampir 100 tulang temulang bayi yang baru sahaja dilahirkan tertimbus di bawah sebuah bangunan. Apabila diperiksa, tiada satupun tulang temulang tersebut menunjukkan yang bayi bayi itu mempunyai penyakit ataupun meninggal secara semula jadi. Bermaksud mereka semua dibunuh dengan dibuang ke dalam saluran tersebut.

Ada yang berpendapat bayi-bayi tersebut dibuang disebabkan oleh budaya masyarakat zaman purba roman yang tidak mahukan bayi perempuan, namun begitu mereka salah sama sekali bila tulang tulang itu disahkan sebagai tulang temulang bayi lelaki. Sehingga hari ini, menimbulkan misteri yang belum terjawab.

Longyou Grottoes

Ini adalah kawasan laluan gua buatan manusa yang ditemui di China. Ahli sejarawan percaya yang laluan ini dibina pada 212 BC, luas kawasan gua ini adalah sebanyak 30000 ribu meter persegi, dilengkapi dengan ruangan bilik, jambatan dan juga tasik buatan. Laluan gua ini ditemui pada tahun 1992, menjadikan ini laluan gua terbesar yang pernah ditemui di Negara tersebut.

Ramai yang cuba untuk mencari jawapan siapa yang membina laluan tersebut, bagaimana dan untuk apa, tetapi tiada seorang pun yang mempunyai jawapan. Dianggarkan yang untuk membina laluan sebenar ini memerlukan 1000 orang pekerja yang bekerja siang dan malam selama 6 tahun berturut turut.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Fakta Misteri Konspirasi HAARP

5 Fakta Menakutkan Raksasa Megalodon