in

5 Penjara Paling Pelik di Dunia

5. Penjara San Pedro, Bolivia

Penjara ini terletak di daerah La Paz, Bovilia, dianggap sebagai antara penjara yang paling unik di dunia. Berbeza dengan penjara penjara yang lain, penjara ini diuruskan sendiri oleh banduan. Seperti sebuah kawasan perumahan yang besar, terdapat pelbagai fasiliti termasuk restoran, kedai, tidak lupa juga kilang menghasilkan dadah. Apa yang ironi, kebanyakan banduan di sini dipenjarakan disebabkan terlibat di dalam jenayah dadah.

Banduan baru pula dikenakan bayaran untuk tinggal di dalam bilik penjara, sesiapa yang tidak mempunyai wang akan tidur di kaki lima ataupun di luar bangunan. Pelik bila ada banduan yang boleh membawa keluarga mereka tinggal di sana. Bilik penjara pula dikategorikan kepada 3, 4 ataupun 5 bintang. Bukan itu sahaja banduan juga dipaksa untuk membayar yuran untuk berada di sana. Ini semua diceritakan oleh Rusty Young yang menulis buku Marching Powder, Sebuah buku mendedahkan apa yang berlaku di dalam penjara tersebut.

4. Penjara Baston, Norway

Percaya atau tidak, penjara ini Nampak seperti sebuah destinasi pelancongan, malah ada yang menggelar penjara ini sebagai “Penjara Yang Paling cantik di dunia”, di sini, banduan tidak tinggal di dalam bilik penjara tetapi tinggal di dalam rumah, mereka mempunyai bilik masing masing berkongsi dapur dan ruang tamu yang sama apa yang lebih mengejutkan setiap banduan di sini akan menerima duit elaun sebanyak $90 sebulan, selain bekerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Mereka hanya diberikan makan satu kali sehari dan memasak ataupun membeli makanan sendiri pada setiap hari. Hanya 5 pegawai penjara yang ditugaskan di sini menjaga banduan yang terdiri daripada perompak, pembunuh perogol dan sebagainya. Apa yang menarik statistic menunjukkan hanya 16 peratus sahaja banduan yang dilepaskan kembali ke penjara tersebut. Ini satu kadar yang rendah jika dibandingkan dengan Negara eropah yang lain dimana 70 peratus banduan akan masuk semula ke penjara.

3. Penjara Aranjuez, Spain

Ini adalah sebuah penjara yang dibina untuk banduan yang bekeluarga, fasiliti ini dibina supaya banduan yang mempunyai anak masih boleh berhubung dengan anak mereka. Banduan akan menerima bilik yang dihias dengan perhiasan dan perabot untuk kanak kanak. Kanak kanak mereka pula bebas untuk mundar mandir kecuali pada waktu malam.

Tetapi bagi banduan2 ini bukan selalunya indah, bila anak mereka berumur 3 tahun mereka akan dipindahkan ke penjara yang biasa. Namun begitu ada banduan yang sengaja mengandung ketika dipenjarakan di sini, melahirkan anak semata mata mahu dipenjarakan di sana.

2. Association For Protection And Assistance to Convicts, Brazil

Ataupun dikenali secara ringkasnya APAC, Brazil. Bukan seperti sebuah penjara bila banduan dibenarkan mundar mandir bukan sahaja di dalam penjara tetapi juga di luar penjara. Banduan banduan ini bertujuan bukan untuk memenjarakan banduan tetapi untuk membantu mereka berubah melalui sesi rehab.

Kalau di penjara penjara yang lain kita selalu dengan yang ahli keluarga akan datang ke penjara, berbeza bagi banduan di sini, mereka yang akan dibenarkan keluar dari situ untuk mengunjungi ahli keluar mereka selama 2 ataupun 3 hari sebelum kembali semula ke penjara. Sekali pandang tidak Nampak seperti sebuah penjara lebih kepada sebuah pusat pemulihan.

1. Penjara Halden, Norway

Sebuah lagi penjara mewah di Norway, walaupun penjara ini menempatkan banduan banduan yang ganas, tetapi dengan persekitaran penjara ia diberikan jolokan “Penjara paling berprikemanusiaan di dunia”. Bilik penjara mereka Nampak seperti sebuah bilik hotel selain mendapat fasiliti yang lain seperti menonton television, bermain video game, bilik merakam dan fasiliti2 yang lain.

Pegawai penjara di sini pula kebanyakannya tidak memiliki senjata, walaupun dikelilingi dengan pembunuh, perogol, penculik dan sebagainya. Banduan di sini diwajibkan untuk mengikut arahan dan menghadiri kelas konseling, jika tidak mereka akan dihantar ke penjara biasa.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Muzium Paling Pelik Yang Pasti Mengelirukan Anda

5 Orang Yang Tidur Dengan Mayat