in

5 Penyakit Mental/Saiko Yang Membahayakan

5. Wendigo Psychosis

Ini adalah satu penyakit mental dimana namanya diberi sempena seekor kerbau mitos yang memakan manusia di Amerika Syarikat. Sesiapa yang mempunyai masalah mental ini akan mempunyai keinginan untuk memakan daging manusia walaupun di sekeliling mereka mempunyai makanan yang lain. Antara kes yang pernah dicatatkan ialah pada tahun 1878 bila seorang lelaki yang bernama Swift runner membunuh dan memakan keluarga sendiri.

Mereka yang menghidapi masalah mental ini boleh menjadi gila jika tidak dapat memakan daging manusia, dengan erti kata lain mereka ini juga boleh digelar sebagai seorang kanibal. Namun begitu pakar percaya masalah mental ini masih lagi boleh dirawat.

4. Dissociantive Identity Disorder

Ini adalah masalah mental dimana seorang itu keliru dengan identity diri mereka, ataupun mereka mempunyai identity yang berbeza beza, contohnya kalau kita melihat orang yang mempunyai masalah mental ini, identity mereka boleh berubah ubah, di satu masa mereka menunjukkan identity yang tertentu, dan tidak beberapa lama kemudian merekan akan menunjukkan sebuah lagi identity yang berbeza.

Antara punca utama kenapa sesorang itu mengalami masalah mental ini adalah disebabkan oleh trauma terhadap sesuatu insiden ataupun penderaan semasa mereka masih lagi kanak kanak, dan secara tidak sedar mereka menggunakan identity yang lain ini untuk membantu mereka melupakan insiden tersebut. Menurut pakar seseorang itu boleh mempunyai sehingga 8 sehingga 13 identiti yang berbeza beza. Setiap identity ini mempunyai ingatan, umur dan juga tahap mentality yang berbeza beza.  

3. Deja Vu Kronik

Mungkin ada diantara anda di sini yang tahu dan pernah mengalami De Ja Vu. Ini pula adalah masalah mental De Ja Vu dimana seseorang itu percaya yang mereka pernah melalui sesuatu perkara yang sedang berlaku. Contohnya seseorang anda sedang membaca buku di perpustakaan, dan secara tiba tiba anda tersedar yang sebelum ini anda pernah berada di situasi yang sama, membaca buku yang sama dan juga di tempat yang sama.

Untuk mereka yang mengalami masalah mental ini, mereka akan mempunyai ingatan melakukan perkara yang sama hampir pada setiap masa, seperti mereka berada di satu putaran kehidupan yang tidak berhenti berputar. Antara contoh dejavu kronik dicatatkan di dalam British Medical Case Journal of Merical Case Reports bila seorang lelaki mempunyai ingatan de ja vu pada setiap minit dan jam selama 8 tahun.

2. Facticious Disoder

Ini adalah masalah mental dimana seseorang itu percaya yang dia sedang menghidapi penyakit, walaupun pada hakikatnya mereka sihat. Disebabkan terlalu percaya, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan orang sekeliling mengatakan yang mereka menghidapi penyakit. Sehinggakan ada yang sanggup menipu dan mencederakan diri mereka sendiri untuk mebuktikan yang diri mereka sakit.

Mereka yang menghidapi masalah mental ini mahukan perhatian perubutan diberikan kepada mereka, dan ada yang mencerakan diri untuk dirawat sehinggakan mereka membunuh diri. Ada kes yang melaporkan mereka akan mencederakan orang lain semata mata untuk membuktikan orang lain juga sakit dan perlukan rawatan perubatan.

1. Apotemnophilia

Kalau tadi kita lihat seseorang itu percaya mereka menghidapi penyakit, Apotemnophilia pula adalah masalah mental orang yang percaya diri mereka adalah orang kurang upaya walaupun tubuh badan mereka tidak mempunyai kecacatan. Seperti juga Facticious disorder, mereka ini akan mencuba sedaya upaya untuk memberitahu orang lain yang mereka sebenarnya cacat. Penghidap yang kronik akan memotong sebahagian daripada tubuh badan mereka, membutakan mata dan mencederakan telinga supaya mereka menjadi orang kurang upaya yang sebenar.

Pada tahun 2006 seorang wanita yang digelar Jewel Shuping menuang cecair pencuci tandas ke matanya kerana dia percaya dia ditakdirkan menjadi orang buta, selepas menjadi buta jewel membuat kenyataan yang dia hidup lebih bahagia.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Rumah Dengan Kisah Pembunuhan Yang Menakutkan

10 Hotel Berhantu Dengan Kisah Menakutkan dari seluruh Dunia