in ,

5 Peradaban Laut Dalam Yang Misteri

  1.  Thonis – Heracleion, Mesir

Ini adalah sebuah kota yang terletak 150 kaki di dalam dasar laut perairan Mesir. Ditemui pada tahun 2000 dahulu apabila sekumpulan penyelam yang diketuai oleh Frank Goddio menemui ukiran2 batu di dasar laut, apabila dibawa naik ke permukaan mereka mendapati itu adalah ukiran bangunan selain itu mereka juga menemui banyak lagi barangan2 manusia seperti tembikar, barang kemas, emas dan permata.

Penemuan ini mengejutkan ramai pihak kerana kota kota dasar laut hanya diceritakan di dalam kisah rakyat dan mitos sehaja kini terbukti kota tersebut benar benar wujud. Kota ini dipercayai ditubuhkan pada abad ke 8 dan hilang 1200 tahun dahulu . Penemuan yang lain termasuk lebih dari 700 kapal laut, ukiran batu bersurat, serta patung tuhan mereka pada waktu tersebut dan juga kesan tapak bangunan seperti kuil dan istana. Apa yang lebih menarik kawasan ini digelar sebagai empayar terakhir permaisuri Cleopetra.

  1. Shi Cheng, China

Kenapa kota yang dibina 1300 tahun dahulu ini hilang mungkin bukan satu misteri kerana pada tahun 1959, kerajaan china pada waktu tersebut sengaja membanjirkan seluruh kota. Kenapa? Untuk membina empangan Xin’an. Lebih dari 300 ribu orang dipindahkan dari kota tersebut yang telah tinggal di sana sejak berabad abad lamanya. Kota tersebut telah ditemui semula pada tahun 2001 dan juga 2011 bila kerajaan china mengutuskan beberapa penyelam untuk turun ke dasar laut untuk memeriksa keadaan kota tersebut dan mendapati yang kota tersebut masih lagi di dalam keadaan yang baik.

Kini kawasan tersebut menjadi destinasi popular untuk penyelam datang dan menjelajah ke seluruh kawasan kota yang terletak 40 kaki jauh di dasar tasik.

  1. Panagoria, Russia

Digelar sebagai kota atlantis Russia, ini adalah sebuah kota yang sering diceritakan di dalam kisah rakyat Russia. Berbeza dengan kota kota yang lain di dalam senarai ini, 1 per 4 kawasan kota terletak di darat dan 3 per 4 lagi terletak di dasar sungai Svetloyar di daerah Voskresenky, Russia tengah. Untuk menjelajah ke seluruh kota adalah sukar kerana kebanyakan kawasan kota ditutupi oleh pasir.

Apa yang menarik, ini tidak menghalang presiden Russia, Presiden Vladimir Putin untuk dan dan menyelam ke kawasan tersebut pada tahun 2011. Kawasan ini telah ditinggalkan pada thaun 1000 AD.

  1. Kota Teluk Cambay, India

Kota ini ditemui pada tahun 2002 di kawasan teluk Cambay, India. Terletak 40 meter jauh di dalam dasar laut. Kota ini ditemui secara tidak sengaja oleh kumpulan penyelam yang sedang mengkaji tentang pencemaran air laut. Secara tidak rasmi kota ini dikatakan kota tenggelam yang paling lama di dunia lebih dari 5000 tahun dahulu, namun begitu penyelidikan masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti bila kota ini didirikan.

Penemuan di kota ini berbeza dengan penemuam di kota tenggelam yang lain, selain struktar tapak bangunan dan juga kelengkapan manusia yang lain, tulang temulang manusia juga ditemui dan hasil penyelidikan mendapati itu adalah tulang dari manusia yang hidup 9,500 tahun dhaulu.

Pavlopitri, Greece

 

Secara rasminya, Ini adalah kota tenggelam yang paling lama pernah ditemui oleh manusia, kota ini dibina 5000 tahun dahulu. Ditemui pada tahun 1967 oleh seorang penjelajah Nicholas Flemming. Dianggarkan tenggelam 1000 tahun dahulu oleh gempa bumi yang melanda kawasan tersebut bukan sekali bukan dua kali tetapi 3 kali. Mendapat perhatian penyelam untuk datang dan menjelajah ke seluruh kota.

Apabila kawasan ini dipertakan oleh Cambridge, mereka mendapati yang kota ini dibina dengan teratur mempunyai kawasan rumah yang luas, hospital, kuil dan kawasan perkuburan. Untuk memastikan kota bawah laut ini sentiasa terjaga, UNESCO telah mengishtiharkan kota Pavlopitri sebagai kota di bawah jagaan mereka dan menjadi tapak UNESCO.

FAKTA BONUS

Ramai yang mengaitkan tenggelamkan kota2 ini disebabkan oleh perkara yang misteri. Namun begitu ramai juga yang percaya kota ini tenggelam disebabkan oleh paras air laut yang semakin meningkat pada setiap tahun, tahun berganti tahun air laut semakin membanjiri kota kota ini memaksa mereka meninggalkan kota tersebut kosong sehinggalah ia tenggelam sepenuhnya.

Tidak mustahil, kerana ramai juga pakar seperti Evan Puschak dari Seeker Network percaya dengan melihat paras air laut, menjelang tahun 2085 banyak kota2 yang dijangka akan tenggelam. Mungkin penjelasan misteri kenapa kota kota ini tenggelam adalah kerana paras air laut meingkat? Ataupun ia menyimpan sebuah misteri yang mungkin belum terjawab.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GANGGUAN

Walaikumsalam – Kupi Kupi GO Original