in ,

5 Puak Kanibal Yang Masih Wujud

5. Wari, Brazil

Ini adalah sebuah puak yang berasal dari brazil, mereka tinggal di kawasan pendalaman Brazil terpencil daripada masyarakat luar. Berbeza dengan puak Kanibal yang lain di dalam senarai ini, Puak Wari ataupun digelar pakaa nova mengamalkan endocannibalism, iaitu amalan untuk memakan ahli puak mereka sendiri yang sudah meninggal dunia. Ritual ini dianggap sebagai satu ritual yang suci bagi mereka. Dengan memakan ahli puak sendiri mereka percaya sesiapa yang meninggal dunia akan tetap berada di sekeliling mereka dan tidak kemana mana.

Namun begitu pada zaman moden ini, mereka tidak lagi mengamalkan ritual ini, dan hanya menguburkan mayat ahli keluarga selepas tiga hari meninggal dunia.

4. Khmer Rouge, Kemboja

Khmer Rouge adalah gelaran yang diberikan kepada parti komunis di Kampuchea, sebuah daerah yang terletak di Kemboja. Mereka ini aktif pada tahun 1960 sehingga tahun 1990, walaupun dikatakan telah dibubarkan namun begitu masih ada lagi beberapa ahli yang masih aktif dan yang menakutkan mereka masih mengamalkan aktiviti kanibalism.

Mereka yang menentang kerajaan Vietnam dan juga komuniti masyarakat muslim pada waktu itu akan menyerang sesebuah kawasan, mereka akan menangkap musuh ataupun orang awam dan yang menakutkan tahanan akan dimakan sama ada hidup hidup ataupun dimasak. Kumpulan Khmer rouge ini percaya yang darjat musuh mereka adalah jauh lebih rendah. Menurut kisah bekas tahanan Khmer Rouge yang dilaporkan oleh dailymail.co.uk, dia dipaksa untuk melihat seorang wanita yang dilapah hidup hidup, dimasak dan dimakan.

3. Mai Mai. Congo

Ini adalah sebuah puak yang terletak di Congo. Walaupun mereka berada dari dunia ketiga, puak Mai Mai adalah antara komuniti kanibal yang moden di dalam senarai ini, kebanyakkan mereka adalah ahli kepada tentera yang percaya dengan memakan daging musuh mereka menjadikan tubuh badan mereka lebih kuat dan memberikan kuasa yang luar biasa.

Puak Mai Mai ini akan menyerang sesebuah kawasan musuh, membunuh dan memakan daging musuh mereka beramai-ramai. Walaupun kerajaan Congo telah mengharamkan aktiviti kanibalism dikalangan rakyat mereka namun begitu kanibalism masih menjadi amalan dikalangan Puak Mai Mai di Congo.

2. Puak New Guinea

Ini adalah puak yang terdapat di kepualaun Papua New Guinea, mereka percaya yang aktiviti kanibalism sepatutnya tidak patut diamalkan kerana itu adalah satu ritual yang kejam dan hanya mengamalkan Kanibalism sebagai hukuman kepada pesalah kanibalism yang lain dikalangan mereka. Walaupun tidak diamalkan oleh semua tetapi aktiviti ini masih lagi dijalankan dikalangan beberapa ahli puak mereka lebih tepat lagi ia dijalankan oleh ahli sihir di komuniti mereka.

Apabila ahli sihir ini ditangkap, cara hukuman adalah dengan membunuh dan memakan dagingnya untuk membalas dendam terhadap kelakuan mereka. Bukan itu sahaja, tulang temulang ahli sihir itu akan diletakkan berdekatan dengan kawasan kediaman mereka untuk memberikan amaran kepada ahli sihir yang lain.

  1. Agora, India

Ini adalah puak yang berasal dari India, berbeza dengan puak puak di dalam senarai ini yang hidup terpencil dan jauh daripada peradaban manusia lain. Puak Agohara india hidup bersama sama dengan penduduk india yang lain. Lebih tepat lagi mereka boleh ditemui secara kelompok di daerah varanasi, India ataupun di kawasan uatara negera tersebut.

Mereka mengamalkan gaya hidup yang kotor, itu adalah cara mereka beribadat kepada tuhan mereka, puak ini akan tinggal di tempat yang kotor selain memakan makanan yang kotor seperti bangkai dan tidak lupa juga mereka mengamalkan kanibalism. Untuk minum dari tengkorak manusia lain adalah perkara yang biasa, mereka juga akan melumurkan abu mayat di seluruh badan mereka selain meminum alkohol dan menghidap rokok menjadi amalan harian. Semakin kotor gaya hidup yang mereka amalkan semakin mereka dekat dengan tuhan mereka, itulah puak kanibal Agohara.

Fakta Bonus

The Leopard Society

Di dedahkan oleh seorang ahli cendiakawan Stephen Ellis, ada yang menggelar mereka seabgai persatuan rahsia yang menjalankan aktiviti kanibalism secara tertutup, Ini adalah puak yang bukan sahaja menyerang penduduk di kawasan mereka sendiri malah para pelancong yang mundar mandir di kawasan mereka, mereka akan memaki baju yang diperbuat daripada kulit harimau dan akan menculik mangsa, mereka telah mengamalkan kanibalism sejak kurun ke 20 lagi, menurut mereka dengan memakan daging manusia lain ia akan memberikan mereka kekuatan untuk puak mereka. Kumpulan the leopard society ini wujud di kawasan Sierra Leone, Loberia, Cote d Ivore dan juga Nigeria.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dikejar langsuir

5 Benda Yang Tertinggal di Dalam Perut Selepas Pembedahan