in

5 Rakaman CCTV yang Misteri

  • 5.Hantu atau tidak?

Misteri CCTV pertama Ini dirakamkan dari kamera pintu yang dimuatnaik di youtube pada tahun 2016 dahulu, menunjukkan seseorang yang memakai baju hitam dan menghantar sebuah kotak hitam yang misteri. Di awal rakaman kelihatan seseorang berdiri tegak di depan pintu tidak beberapa lama kemudian dia meletakkan sebuah bungkusan dan berlalu pergi. Apa yang menjadi misteri bungkusan tersebut kelihatan membesar dan ada sesuatu yang terapung keluar dari kotak tersebut.

Bila rakaman ini dimuatnaik ramai yang membuat spekulasi, ada yang percaya itu adalah prank, ada yang percaya itu adalah susuk tubuh hantu, dan ada yang percaya itu adalah serangga yang berada di lensa kamera pada waktu itu. Apa apa pun, misteri rakaman ini masih kekal misteri sehingga hari ini.

4. Wanita Misteri Sunrise Ranch

Kisah ini berlaku pada bulan ogos 2018, bila sebuah rakaman CCTV merakamkan seorang wanita yang hanya memakai tshirt, seluar pendek dengan gari ditangannya mendekati sebuah pintu di kawasan perumahan Sunrise Ranch di Texas. Apa yang pelik bila raut wajah dan reaksi wanita tersebut yang panik dan dalam keadaan takut.

Bila rakaman ini dimuatnaik ia menjadi tular sehinggakan ia dipaparkan di berita tempatan. Apabila siasatan dilakukan wanita itu adalah penduduk tempatan yang berumur 32 tahun, tidak beberapa lama selepas itu polis mendapat laporan ada seorang lelaki yang membunuh diri di sunrise pine iaitu kawasan perumahan berdekatan. Siasatan susulan mendapati yang itu adalah dennis collon iaitu teman lelaki kepada wnaita misteri tersebut, wanita yang dikenali sebagai lauren telah ditemubual oleh insight edition, dia menceritakan yang pada malam itu collon cuba untuk membunuh lauren tetapi dia sempat melarikan diri. Walaupun misteri ini telah dijawab tetapi rakaman ini kekal antara rakaman cctv menyeramkan dan menakutkan.

3. Penumpang Misteri Jepun

Ini pula berlaku di Jepun, bila seorang pemandu teksi berhenti di satu persimpangan terkejut bila pintu penumpang belakang tiba tiba terbuka seperti ada seseorang yang sedang masuk ke dalam teksi dan tertutup semula, tetapi apabila pemandu teksi menoleh tiada sesiapa yang berada di belakang. Ini semua terakam oleh kamera di dalam taxi tersebut.

Ada satu kisah paranomal yang popular di jepun juga melibatkan taxi, ini berlaku tidak beberapa lama selepas sunami melanda jepun pada tahun 2011, bila seorang pemandu taxi mengambil seorang penumpang wanita, ketika di dalam perjalanan ke destinasi wanita tersebut menjawab, adakah saya sudah mati? Dah hilang secara tiba tiba. Ada yang mengaitkan insiden rakaman cctv ini dengan kisah wanita tersebut, apa apa pun ia kekal misteri sehingga hari ini.

2. CCTV di puchong

Menurut deskription video yang dimuatnaik di youtube oleh saluran youtube Rex Travolta Jr, Ini adalah rakaman CCTV yang viral pada tahun 2010 di sebuah sekolah memandu di Puchong Malaysia. Di dalam rakaman tersebut, kelihatan dua pasangan lelaki dan wanita berada di salah sebuah bilik di bangunan tersebut pada pukul 12.30 malam, di salah sebuah bilik kelihatan pintu yang tertutup sendiri begitu juga dengan kerusi yang bergerak sendiri. Tidak beberapa lama selepas itu lampu di dalam bilik tersebut terpadam.

Apa yang lebih menakutkan, wanita yang ditinggalkan berseorangan di dalam bilik diganggu oleh sesuatu, bila kerusi di dalam bilik tersebut bergerak satu persatu, bila wanita itu cuba meluru keluar meja dan kerusi seperti dibuang ke arah pintu. Disebabkan terlalu takut wanita tersebut pengsan dan rakaman habis di situ. Ini adalah insiden misteri yang dikatakan berlaku di negara kita, Mungkin ada mempunyai penjelasan tentang insiden ini? Bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah.

  1. Bilik 209

Kejadian ini berlaku pada tahun 2003 di sebuah hotel wingate di Illinois Amerika Syarikat. Malam itu pengawal keselamatan mendapat aduan dari bilik berdekatan dengan bilik 209, menurut penghuni bilik berdekatan kedengaran suara wanita menjerit di bilik 209. Pelik bila pada waktu itu bilik tersebut tidak dihuni oleh sesiapa.

Bila pengawal keselamatan yang dikenali sebagai John membuka pintu tersebut, satu susuk bewarna putih meluru keluar. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dirakamkan oleh CCTV. Sehingga kini rakaman CCTV ini menjadi antara rakaman y

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Orang Yang Obses Menjadi Watak Fiksyen

10 Fakta Kenapa Bumi Itu Berbentuk Sfera | Teori Bumi Rata VS Teori Bumi Sfera