in

5 Saintis Gila Yang Buat Kerja Gila

Micheal Persinger – The God helmet

Ini adalah satu kajian yang tidak masuk akal dijalankan oleh Micheal Persinger seorang saintis pada tahun 1990 dahulu. Antara helmet persinger adalah helmet yang digelar sebagai The God Helmet yang kononnya membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan satu kuasa yang lebih besar dari manusia ataupun berkomunikasi terus kepada tuhan.

Helmet tersebut akan mengeluarkan gelombak elektro magnetik yang sangat kuat sehingga ia boleh mempengaruhi otak manusia. Selain berkomunikasi dengan tuhan micheal juga mengatakan yang helmet tersebut betujuan untuk menghubungi roh yang berada di sekeliling, roh yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Jose Delgado – Eksperiment Mengawal Minda

Eksperiment mengawal minda banyak dilakukan khususnya selepas perang dunia kedua dahulu, sekali lagi menggunakan gelombang elektro magnetik Jose Delgado cuba untuk mempengaruhi otak hidupan termasuk haiwan dan manusia. Dia pernah memasukkan dip yang mengeluarkan gelombang elektro magnetik di dalam otak seekor lembu tetapi eksperiment tersebut gagal.

Apa yang menakutkan Jose pernah menjalankan eksperimen tersebut kepada 25 orang dan cuba mengawal minda mereka, dia percaya yang satu hari dia percaya di boleh mengawal manusia dalam skala besar yang boleh dikawal dalam sekelip mata sahaja.

Geovani Aldini

Ini adalah eksperiment yang dijalankan untuk menghidupkan semula orang mati, pada tahun 1903 aldini menjalankan eksperiment untuk menghidupkan seorang lelaki yang dikenali sebagai forrester yang telah digantung setelah melemaskan isteri dan anakya. Aldini obses untuk menghidupkan orang mati untuk meyokong pendapat pakciknya yang dikenali sebagai Volter yang menyokong idea yang manusia boleh dihidupkan semula menggunakan elektrik.

Menurut laporan hasil kajian aldini, semasa membuat demonstrasi di hadapan sekumpulan pelajar, aldini menyalurkan gelombang elektrik yang sangat kuat bermula dari kepala forester dan secara tiba tiba mata dorester terbuka, tangannya terangkat dan mayat forrester menggelupur. Namun begitu ini hanyalah kesan daripada elektromagnetik dan forrester kekal mati.

Nikola Tesla

Nikola tesla dikenali sebagai antara saintis yang terhebat di dunia, terkenal sebagai bapa elektrik, dia telah melakukan pelbagai eksperiment pelik termasuk senjata elektrik yang boleh menembak kapal terbang jatuh dari udara, sebuah alat yang boleh menyebabkan gempa bumi terjadi dan juga pintu portal yang boleh memindahkan satu objek ataupun manusia ke tempat lain dalam sekelip mata.

Walaupun ramai yang menanggap ini adalah satu khabar angin yang mengarut, tetapi masih ramai juga yang percaya kalau ada saintis yang boleh mencipta senjata seperti itu adalah nikola tesla.

Mungkin normal kalau kita dengan pemindahan buah pinggang, jantung ataupun paru paru, tapi pernahkah anda mendengar pembedahan memindahkan kepala? Itulah eksperiment yang dilakukan oleh sergio ganavero seorang saintis dari itali bila dia cuba memindahkan kepala orang yang baru meninggal ke tubuh badan orang lain, dengan itu mereka boleh hidup selama lamanya.

Ini adalah satu eksperiment yang menakutkan dan membahayakan mereka sesiapa yang menjalani pembedahan ini, sehingga hari ini sumber rasmi mengatakan yang ada pembedahan sergio ini yang berjaya, tetapi eksperiment ini masih giat dijalankan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Lukisan Dengan Kisah Yang Menakutkan

Orang Yang Obses Menjadi Watak Fiksyen