in

5 Tempat Pelancongan Yang Pelik

5.The Gum Wall, Amerika Syarikat

Terletak di Market Theater, Washington, Amerika syarikat ini adalah sebuah dinding yang dipenuhi dengan gula getah. Pada tahun 1993 dahulu menjadi trend orang ramai yang sedang berbaris untuk menonton wayang akan melekatkan gula getah yang mereka makan di dinding tersebut.

Walaupun telah dibersihkan berkali kali ia tidak menghentikan orang ramai untuk tetap melekatkan gula getah mereka di dinding. Sehingga hari ini kawasan permukaan dinding yang dipenuhi dengan gula getah adalah sepanjang 50 meter. Ramai yang menggap itu adalah sejarah unik yang berlaku di kawasan tersebut yang patut dikekalkan sebagai antara kawasan menarik untuk dikunjungi.

4. Restroom Cultural park, Korea Selatan

Mula dibuka untuk dikunjungi pada tahun 2012, Ini adalah sebuah taman tema yang didedikasikan untuk memarkan pelbagai jenis seni yang melibatkan tandas. Terletak di Bandar suwan, korea selatan. Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai ukiran orang mencangkung membuang air besar dan air kecil. Malah bangunan taman tema itu sendiri adalah berbentuk seperti mangkuk tandas.

Taman tema ini pada asalnya dibina untuk memperingati bekas datuk Bandar, Sim Jae Duck yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai Mr Toilet ataupun encik tandas. Ini disebabkan dia menghias seluruh rumahnya dengan pelbagai barangan dari tandas disebabkan dia gemar untuk tinggal di dalam tandas.

3. Kuil Karni Mata, India

Terletak di daerah Deshnok, India. Kepada mereka yang takut dengan tikus mungkin tempat ini bukan untuk anda, kerana di kuil ini tikus dilayan seperti raja, mereka akan diberikan makanan dan minuman selain dibiarkan membiak di seluruh kuil. Dianggar lebih dari 20000 ekor tikus berada di sekeliling Kuil Karni Mata. Kuil ini menerima ramai pengunjung kerana keunikan mereka membiak tikus. Mereka menganggap tikus adalah haiwan yang suci dan memp[unyai status yang tinggi di dalam kisah rakyat penduduk di sekitar kami Mata.

Diantara tikus tikus ini semua, tikus yang bewarna putih dianggap yang paling suci dintara semua. Mungkin pelik bagi sesetengah orang, tetapi ini telah menjadi amalan mereka dari abad ke 14 lagi.

2. Muzium Rambut, Avanus, Turkey

Ini adalah sebuah tarikan pelancongan yang terletak di dalam gua. Digelar sebagai gua rambut Avanos. Di dalam gua ini terdapat ratusan tembikar yang dipenuhi dengan gumpalan rambut. Bermula sebagai sebuah projek daripada seorang pembuat tembikar Chez Galip, dari hari ke hari koleksi rambutnya semakin banyak dan dia memutuskan untuk memaparkan koleksi tersebut di dalam gua dan menggelar gua tersebut Muzium Rambut Avanus. Setiap tembikar diletakkan sekeping kertas dengan butir pemilik rambut asal serta alamat mereka.

Dan sehingga hari ini ramai lagi yang boleh datang dan menderma rambut mereka untuk disimpan di situ.

1. The Blarney Stone, Ireland

Menurut lagenda penduduk sekeliling, sesiapa yang mencium batu di Istana Blarney berdekatan dengan daerah Cork, Ireland mereka akan dihadiahkan kebolehan untuk bercakap dengan lancer dan yakin. Lebih dari 400,000 ribu orang datang ke sana untuk dibaringkan supaya mereka boleh mencium batu tersebut.

Bayangkan mencium tempat yang sama seperti 400,000 ribu orang yang lain. Ada yang teragak agak untuk mencium batu di istana in

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 TEORI MENARIK TENTANG MULTIVERSE

5 Rumah Dengan Kisah Pembunuhan Yang Menakutkan