in

5 Tempat Usang Dengan Kisah Yang Pelik

5 Tempat Usang Dengan Kisah Yang Pelik

5. Ki Jong-Dong, Korea Utara

 

Ini adalah sebuah kawasan yang terletak di korea utara dikenali sebagai Peace Village, lebih tepat lagi ini adalah sebuah perkampungan yang terletak diantara sempadan korea utara dan korea selatan, malah ia boleh dilihat dari jauh walaupun anda berada di korea selatan. Walaupun Nampak maju lengkap dengan sekolah, hospital, kedai, restoran dan sebagainya, perkampungan ini dikatakan ini kosong dan tidak dihuni. Apa yang lebih pelik bangunan di sana tidak mempunyai cemin dan pada setiap malam lampu akan dinyalakan seperti ada orang yang tinggal di sana, kalau ada orang yang kelihatan mereka bukanlah penduduk tetapi pekerja di sana.

Dikatakan bangunan ini dibina oleh korea utara untuk memberikan gambaran kepada penduduk korea selatan yang rakyat mereka hidup dengan senang dan mewah, tetapi pada hakikatnya tiada seorang pun rakyat yang tinggal di sana dan ini hanyalah propaganda Korea Utara

4. San-Zhi, Taiwan

Dibina pada tahun 1978, sebuah kawasan perumahan dengan reka bentuk yang futuristic bertujuan untuk golongan elit taiwan sahaja. Mendapat perhatian penduduk Taiwan apabila mereka menjanjikan penempatan yang paling maju di seluruh Negara tersebut. Tetapi semuanya indah kabar dari rupa bila tiada seorang pun yang berpindah masuk ke sana disebabkan syarikat pembangun jatuh bankrupt pada tahun 1980 dan projek itu ditinggalkan begitu sahaja.

Kerajaan Taiwan pernah mencuba untuk menyiapkan kawasan perumahan tersebut tetapi disebabkan oleh kejadian pelik seperti insiden membunuh diri yang kerap berlaku di sana, tidak lupa juga pekerja yang terkorban ketika membangunkan kawasan tersebut, apa yang lebih menakutkan pula penduduk sekeliling percaya yang kawasan tersebut telah disumpah. Dengan insiden2 pelik yang berlaku kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pembangunan rumah futuristic San Zhi, pada tahun 2010 kawasan tersebut telah dirobohkan.

3. Panggung Wayang, Padang Pasir Sinai

Pelik bila di tengah tengah padang pasir terletak sebuah panggung wayang yang lengkap dengan kerusi, namun begitu ini bukanlah sebuah bangunan kerusi2 ini disusun di dalam kawasan yang terbuka. Menurut kisah panggung wayang ini dibina oleh seorang lelaki dari perancis yang cuba memperkenalkan panggung wayang kepada penduduk di sekitar padang pasir Sinai.

Dia kemudian membawa kelengkapan menonton wayang seperti kerusi, penjana elektrik dan juga skrin. Namun begitu tiada seorang pun daripadap enduduk di sekitar padang pasir Sinai datang untuk menonton wayang, mereka tidak tertarik dengan idea tersebut dan projek ini ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja.

2. Hotel Del Salto, Colombia

Terletak di Colombia, hotel ini dibina pada tahun 1924 sebuah kawasan yang dibina di pinggir bukit dengan pemandangan air terjun yang sangat menakjubkan, menjadi tempat berkunjung golongan elit dari seluruh dunia suatu ketika dahulu. Namun begitu hari berganti hari tarikan utama kawasn ini iaitu air terjun Bogota dicemari oleh pengunjung yang kerap ke sana dan berbau busuk,  dan ini menyebabkan kawasn tersebut kurang menerima pengunjung.

Dengan itu kawasan tersebut ditinggalkan kosong pada tahun 1992, walaupun tiada pengunjung yang datang namun ramai yang memutuskan untuk membunuh diri di sini dan dipercayai kawasan ini berpenunggu.

1. Pripyat, Ukraine

Mungkin kawasan yang paling terkenal di dalam senarai ini, Pripyat adalah sebuah kota yang maju dengan lebih dari 50 ribu penduduk tinggal di sana, Terletak di kawasan utara Ukraine terkenal pada tahun 1979 tetapi telah ditingglakan kosong dan berusang pada tahun 1986 sehingga hari ini.

Ini disebabkan oleh radiasi nuclear yang merebak di kota tersebut akibat daripada letupan penjana kuasa nuclear Chernobyl, memaksa mereka meninggalkan rumah jika tidak mahu mendapat jangkitan radiasi nuclear yang boleh membawa maut. Kini menyimpan kisah menarik disebalik kawasan yang kosong dan berusang.

Fakta Bonus

Bangunan Blok Lama

Sebuah urban legend, dan tidak semestinya fakta.

Ini adalah kawasan yang dekat dengan kita, lebih tepat lagi terletak di salah sebuah institute pengajian tinggi di Malaysia. Kawasan ini kononnya ditinggalkan kosong dan berusang disebabkan oleh kisah seorang pelajar wanita yang membunuh diri akibat ditinggalkan oleh teman lelaki ketika mengandung. Ketika cuti semesti dia memutuskan untuk tinggal di hostel dan membunuh diri, mengejutkan bila rakan rakannya kembali ke hostel mayatnya ditemui di dalam bilik yang terletak di tingkat paling atas. Sejak dari hari itu dia sering muncul menganggu pelajar yang lain.

Ada yang percaya itulah sebab kenapa kawasan tersebut ditinggalkan kosong, ada juga yang percaya itu hanyalah kisah urban legend dan urban legend semata mata. Di mana lokasi kawasan ini tidak perlulah saya nyatakan di sini.


Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

5 Kes Misteri Kehilangan Beramai Ramai

Kongsi Kisah Seram Anda di Kupi Kupi GO