in

5 Teori Konspirasi Antartika

  • Piramid Di Antartika

Pada tahun 2016 dahulu ada 3 struktur gunung yang Nampak seperti sebuah piramid yang dikatakan ditemui di antartika, dengan ketinggian 4000 kaki menjadikan pyramid ini 10 kali lebih tinggi dari The Great Pyramid of Giza di mesir dan menjadikan ia pyramid tertua di dunia. Mengjutkan bila selama ini tiada peradaban yang pernah dicatatkan berada di Antartika tambahan lagi untuk membina struktur sebesar itu memerlukan teknologi yang maju serta pekerja yang sangat banyak. Dengan itu banyak konspirasi teori yang dikaitkan dengan penemuan ini ada yang percaya pyramid tersebut dibina oleh peradaban zaman silam yang tidak pernah ditemui 100,000 juta tahun dahulu.

Ada yang percaya pyramid itu sebenarnya dibina oleh kerajaan dan ia cuba disembunyikan. Penemuan ini menarik perhatian ramai pihak sheingga ia dipaparkan di History channel dimana mereka mencadangkan yang ia mungkin dibina oleh makhluk asing bejuta juta tahun dahulu. Walaubagaimanapun ramai saintis dan ahli geologi percaya yang itu hanyalah puncak gunung yang kebetulan berbentuk seperti pyramid.

  • Pangkalan Rahsia Nazi

Teori konspirasi ini dikaitkan dengan kisah perang dunia kedua dahulu. Kononnya terdapat pangkalan rahsia tentera Nazi yang terletak di Antartika. Semuanya bermula pada tahun 1938 dahulu, tentera Nazi telah menjalankan ekspedisi rahsia ke antartika untuk membuka jalan baru dan juga mencari sumber makanan tambahan untuk negara mereka disebabkan oleh sekatan bekalan makanan oleh negara lain.

Menurut kisah ahli teori konspirasi, tentera nazi telah menemui banyak gua dan laluan bawah tanah di antartika dengan itu mereka telah membina pangkalan rahsia mereka di sana selain membina sebuah kota rahsia untuk tentera jerman. Namun begitu ramai sejahrawan menyangkal dakwaan ini disebabkan oleh catatan tentera nazi hanya pergi ke antartika dalam tempoh masa yang singkat dan ekspedisi tersebut ditinggalkan semasa perang dunia kedua berlangsung.

  • Atlantis di Bawah Antartika

Teori konspirasi ini bermula pada tahun 1950 dimana seorang professor sejarah dikenali sebagai Charles Hapgood mencadangkan yang 11,600 tahun dahulu antartika tidak diliputi oleh ais dan Kawasan tersebut berkemungkinan adalah tempat tinggal untuk sebuah peradaban zaman silam.

Ahli konspirasi teori pula menyokong pendapat Charles Hapgood selain percaya yang peradaban tersebut adalah peradaban Atlantis. Mereka terpaksa berpindah ke Kawasan yang lain disebabkan keadaan sekeliling antartika semakin sejuk, dengan itu mereka telah membuka peradaban baru yang dikenali sebagai peradaban Aztec, Mayan dan peradaban mesir.

  • Hitler Melarikan diri Ke Atartika

Kita semua tahu yang pada tahun 1945 apabila tentera pakatan yang diketuai oleh amerika, Britain dan Russia menumbangkan tentera nazi di berlin hitler telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri dan ini telah disahkan oleh ahli sejahrawan. Namun begitu ramai ahli konspirasi yang percaya hitler tidak pernah meninggal dunia tetapi dia telah melarikan diri ke antartika. Lebih tepat lagi dia telah melarikan diri di pangkalan rahsia tentera jerman di Antartika.

Selain itu ahli konspirasi teori juga percaya yang terdapat ribuan rakyat jerman tinggal di antartika pada waktu itu, mereka sedang mencipta satu teknologi yang lebih canggih dikenali sebagai ‘Operation Highjump’.

  • Google Merahsiakan Sesuatu di Antartika

Perkara ini didedahkan melalui sebuah video yang dimuatnaik di channel youtube Conspiracy Depot. Menurut video tersebut terdapat tanda pangkah bewarna merah di Kawasan Antartika yang dipaparkan di Google Earth pada 8 march, tapi sehari selepas itu pada 9 march tanda pangkah merah tersebut hilang. Membuatkan ramai tertanya tanya adakah itu satu kesilapan glitch di dalam system? Ataupun pekerja google cuba memberitahu sesuatu kepada umum?

Namun begitu kesahihan tanda pangkah merah ini masih lagi tidak dapat disahkan, ia tidak berhenti ramai yang membuat kesimpulan sendiri, mungkinkah tanda merah tersebut adalah harta karun? Pangkalan rahsia? Ataupun pangkalan tentera rahsia.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Konspirasi Theori Paling Menakutkan di Dunia