in

5 TEORI MENARIK TENTANG MULTIVERSE

Ini adalah satu teori baru di dalam bidang sains angkasa, penyelidikan masih lagi dijalankan dan tiada sumber sahih mengatakan yang teori ini adalah benar, namun begitu ia tidak menafikan teori ini satu teori yang menarik untuk dikongsikan kepada semua, satu kepercayaan diamana terdapat bumi yang lain lagi di alam semesta ini. Sebuah teori yang digelar sebagai Multiverse theory, hi goers anda bersama saya ekram dan hari ini kita akan melihat 5 teori menarik multiverse.

5. Apa itu Multiverse?

Teori ini pada asalnya dicadangkan oleh seorang ahli fizik amerika, Hugh Everet 3 pada tahun 1965, dan ahli fizik terkenal stephen hawking juga percaya dengan teori ini. Buat masa ini, Multiverse hanyalah satu teori dan tiada bukti sahih yang mengatakan yang multiverse ini wujud, secara kasar multiverse adalah terma yang diberikan kepada sistem alam semesta yang sama dengan alam semesta kita namun wujud di bahagian yang lain di angkasa. Seperti juga alam semesta kita, Ianya satu kawasan angkasa yang besar dan di kawasan multiverse ini terdiri daripada parallel universe iaitu kawasan alam semesta yang lebih kecil. Multiverse ini mempunya persamaan dengan dengan universe kita tetapi mempunyai sedikit perbezaaan yang akan saya terangkan di fakta yang seterusnya.

Teori multiversi ini juga boleh dikenali sebagai many-world theori, megaverse theori, ataupun parellel universe, menarik bila theori ini mengatakan yang bumi kita ini mungkin tidak hanya wujud di alam semesta kita sahaja malah di kawasan alam semesta yang lain.

4. Wujudkah Multiverse?

Seperti yang kita tahu alam semesta itu luas, masih banyak lagi planet yang belum ditemui oleh manusia dan pada setiap hari ada sahaja planet baru yang dicatatkan. Kita tidak tahu dimana alam semesta itu berakhir dan dimana alam semesta itu bermula. Ada yang percaya alam semesta itu tidak mempunyai penghujung dan keberangkalian multiverse wujud di sistem galaxy yang lain adalah tidak mustahil.

Ada teori yang mengatakan kwujudan alam semesta yang sama seperti alam semesta tempat kita berada sekarang ini boleh berada di bahagian yang lain di alam semesta, mungkin berada jauh dari kita, mungkin berada dekat dengan kita.

3. Bumi ke 2, ke 3, ke 4

DI Multiversi ini mempunyai sistem angkasa yang sama dengan sistem alam semesta tempat bumi kita berada, termasuklah bumi yang lain, matahari, bulan serta planet planet yang lain. Dengan erti kata lain kewujudan multiverse ini adalah kembar kepada alam semesta tempat kita berada.  

Malah, teori multiversi ini juga mengatakan yang alam semesta yang sama seperti kita bukan sahaja 1, tetapi 2 ataupun 3 malah jumlah alam semesta yang sama berkemungkinan boleh berulang berkali kali menjadikan jumlah alam semesta yang sama sebagai infiniti. Dengan bumi yang bejumlah infiniti bermaksud diri kita sendiri juga wujud di bumi bumi ini.

2. Alternate Relity / Realiti Yang Berbeza

Kalau teori multiversi ini adalah benar, maka bumi akan menjadi lebih dari 1, secara langsung diri kita sendiri dan juga orang yang kita kenal pun wujud di bumi yang lain. Namun begitu teori ini mengatakan yang diri kita di bumi yang lain tidak 100% sama. Mengambil contoh saya, kalau saya seorang lelaki di bumi ini. Di bumi yang lain saya mungkin seorang wanita. Begitu juga dengan anda. Contoh menarik yang lain lagi ialah, kalau seseorang itu miskin di bumi ini, di bumi yang lain dia akan kaya raya dan sebaliknya. Namun begitu ada juga bumi yang wujud dimana diri anda adalah 100% sama dengan anda.

Jangan keliru dengan penjelejahan masa, menurut teori ini, masa di bumi multiverse adalah sama dengan masa di bumi dimana kita berada sekarang. Ia tidak berada di masa depan ataupun masa lalu.

1. Bukti Kewujudan Multiverse?

Sehingga hari ini, tiada bukti yang wujud mengatakan yang multiversi ini wujud, namun begitu penyelidikan tentang perkara ini masih lagi dijalankan. Penyelidikan yang melibatkan Quantum Mechanics, Radiasi Kosmik dan juga Partikel Atomik. Teori yang yang ada belum lagi dibuktikan samaada betul ataupun tidak.

Namun begitu ini tidak menafikan yang topik multiverse ini adalah satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan, malah kertas kerja akedemik terakhir tokoh fizik dunia Stephen Hawking adalah berkenaan dengan Multiverse. Kertas kerja yang dihantar beberapa hari sebelum dia meninggal dunia yang cuba membuktikan kesahihan multiverse.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI SEBENAR INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

5 Tempat Pelancongan Yang Pelik