in ,

5 Trend Cabaran/Permainan Yang Menakutkan

  • Sad Satan
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Tular pada tahun 2015 dahulu, Permainan ini diselubungi dengan perkara yang misteri dan menakutkan. Permainan yang digelar Sad sattan, sebuah permainan video game yang pada asalnya dimuatnaik di Deep Web ataupun Dark web, sebuah rangkaian internet tersembunyi. Permainan sad satan menggunakan pelbagai kesan efek suara yang menakutkan dan menyeramkan.

Contohnya jeritan kanak kanak dan wanita yang boleh didengar di musik latar belakang, kononnya itu adalah jeritan manusia sebenar yang diseksa. Semasa bermain sad sattan terdapat juga gambar dan video yang mengerikan dan menakutkan dipaparkan di skrin yang menhantui para pemain sehingga hari ini. Ada yang percaya pemainan video ini mempunyai mesej tersembunyi dan ianya disumpah. Ada juga yang melaporkan ketika cuba untuk menginstall Sad sattan komputer mereka akan dijangkiti oleh virus.

  • Charlie Challenge
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Sebuah lagi trend yang tular pada tahun 2015, berasa dari spanyol, Ini adalah sebuah permainan yang menyeru roh kanak kanak yang bernama charlie, untuk bermain perminan charlie ini menggunakan dua batang pensel dan sekeping kertas yang dilukis ayat iya ataupun tidak. Letakkan pensel bersilang di tengah tengah, dan seru charlie dengan berkata “Charlie, adakah anda di sana?” dan tanya soalan seperti “bilakah saya akan mati” ataupun “adakah saya akan ditimpa bencana?” Kalau charlie ada disekitar anda pensel tersebut akan bergerak samaada ke ayat iya ataupun tidak.

Ramai yang cuba bermain Charlie challenge ini dan memuatnaik pengalaman mereka di sosial media, semata mata untuk melaksanakan trend charlie challenge.

  • Talking Angela
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Sebuah lagi permainan applikasi kanak kanak yang dikenali sebagai talking angela, dengan karakter kucing betina putih yang mempunyai pelbagai fungsi menarik perhatian kanak kanak untuk bermain talking angela. Namun begitu terdapat rangkaian email yang disebarkan melarang orang ramai untuk bermain permainan ini, kononnya applikasi ini dicipta oleh seorang lelaki yang menakutkan bertujuan untuk mengintip kanak kanak dan menculik mereka. Kononnya lelaki tersebut juga akan menggodam telefon bimbit pengguna.

Menurut kisah itu lagi, kalau pemain berumur 18 tahun ke atas tiada apa yang akan berlaku kepada mereka, tetapi jika ada yang berumur 18 tahun bermain applikasi tersebut, kucing putih yang bernama angela itu akan mula bertanya soalan yang pelik seperti anda tinggal di mana, nombor telefon anda, umur dan nama anda dan pelbagai lagi soalan peribadi yang lain. Maklumat itu kononya akan digunakan supaya lelaki itu tahu di mana anda berada dan datang ke sana untuk menculik anda.

  • The Blue Whale Challenge
IMAGE CODE FOR WEBSITE

The blue whale challenge, ataupun dikenali sebagai blue whale suicide game, ini adalah satu perimainan yang hampir sama dengan sebuah lagi trend yang digelar momo challenge. Tular pada thaun 2013 dahulu, permainan ini tersebar di laman sosial russia VK. Mereka yang mahu melaksanakan the blue whale challenge ini harus malakukan pelbagai jenis aktiviti yang mencederakan diri mereka sendiri untuk 50 hari berturut turut dan di akhir cabaran mereka akan diarahkan untuk membunuh diri. Mengejutkan bila laman berita russia RBTH melaporkan yang 130 kanak kanak yang obses melaksanakan cabaran ini terbunuh.

Tidak terhad di russia sahaja, kanak kanak di timur tengah juga ada yang terjebak untuk bermain the blue whale challenge. Pada thaun 2017 pula seorang lelaki dari russia yang bernama Phillip Budelkin mengaku mencipta permainan tersebut diatas alasan untuk membersihkan komuniti daripada orang orang yang dianggapnya toksik. Dia juga mengakut telah menarahkan 16 remaja perempuan untuk membunuh diri. Dia telah dipenjarakan selama 3 tahun 4 bulan oleh kerajaan dan disahkan gila tidak beberapa lama selepas itu.

  • Momo Challenge
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Momo challenge adalah satu trend terbaru yang membahayakan dan memudaratkan, kononya ada seorang gadis yang bernama momo dengan raut wajah yang menakutkan, dia mempunyai nobor whatsapp yang boleh dihubungi pada pukul 3 pagi. Momo kemudian akan mengarahkan mereka yang menhubunginya untuk melaksanakan cabaran Momo challange. Ada sebuah kisah yang melihatkan seorang gadis yang membunuh diri di argentina dan apabila telefon bimbot dia disemak nombor terakhir yang dia hubungi adalah nombor momo dan momo mengarahkan dia untuk membunuh diri.

Disebabkan terlalu obses untuk mengikut trend, ramai yang mencari nombor momo untuk menguhubginya. Kisah momo ini hanyalah rekaan dan rekaan semata mata, gambar gadis yang disebarkan sebagai momo itu hanyalah sebuah patung yang direka di jepun untuk special effect dan ditayangkan di vanilla art gallery jepun. Trend ini merbahaya kerana sesiapa pun boleh mengaku menjadi momo, mereka ini boleh datang dari golongan perompak, perogol pencuri dan sebagainya. Dan sesiapa yang taksub akan terpedaya dengan golongan2 ini. Malah kami di Kupi2 go telah mengishtiharkan tidak menyokong trend ini di episod yang lalu saya akan tinggalkan link di discription di bawah.

Fakta Bonus

Lingsir Wengi

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Lengsir wengi adalah sebuah lagu yang dikatakan lagu menyeru pontianak ataupun kuntilanak, lagu ini harus dimainkan pada waktu malam di kawasan yang gelap. Lagu yang dinyanyikan di dalam bahasa jawa itu kononnya memiliki kuasa mistik akan lebih berkesan jika sajian tertentu disediakan dan pada malam jumaat. Entah betul atau tidak kebenarannya tidak dapat disahkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Jenis Ransangan Yang Pelik

5 Eksperimen Gila Yang Pernah Dilakukan