in ,

6 Orang Yang Berkahwin Dengan Benda Pelik 

Tahukah anda, ada orang yang terlalu sayangkan sesebuah benda sehingga mereka berkahwin dengan benda ini. Palik buat kita, tapi bagi mereka cinta terhadap benda ini adalah normal seperti juga cinta kepada seseorang. Dari berkahwin dengan kereta api sehinggalah berkahwin dengan watak animasi permainan game.

  1. Linda Ducharme

Pelik dan mungkin lawak untuk sesetengah orang, Ini adalah kisah seorang wanita yang berasal dari Amerika syarikat, dipaparkan di dalam sebuah rancangan television, My Strange Addiction, Linda dikatakan terlalu gemar untuk menaiki ferris wheel sehinggakan dia sanggup untuk mengahwini sebuah ferris wheel seringgi 70 kaki. Dia menamakan suami ferris wheelnya itu sebagai bruce. Mereka bertemu pada tahun 1982 dan berkahwin pada tahun 2013.

Apabila ferris wheel itu rosak akibat angin teruk pada tahun 1986 dia memutuskan untuk membeli Bruce dan menghabiskan 100 ribu us dollar untuk membaikinya. Katanya lagi hubungan mereka tidak mempunyai perbezaan dengan pasangan yang lain, dan yang paling pelik Linda juga mengaku sebelum ini pernah mempunyai hubungan dengan kapal terbang dan kereta api. Ini adalah satu kisah benar yang dilaporkan kalau anda ingat saya menipu saya akan tinggalkan link di description di bawah sebagai rujukan.

  1. Zheng Jiajia

Dari Amerika syarikat kita pergi ke China, Zheng jiajia adalah seorang jurutera elektronik dari china. Ketika berumur 31 tahun dia telah bersedia untuk berkahwin, masalahnya dia tidak menemui calon yang sesuai tambahan lagi dengan undang undang bekeluarga yang ketat di china dia tertekan untuk berkahwin. Dengan itu dia membina sebuah robot wanita yang bernama Ying Ying dan berkahwin pada tahun 2016.

Zheng berjanji kepada isterinya untuk memberikan dia kebolehan memasak, mencuci pakaian dan juga melakukan kerja di rumah. Buat masa ini Ying Ying hanya mempunyai fungsi untuk bercakap dan juga mengenal beberapa keeping gambar sahaja.

  1. Chang His – Hsum

Tidak jauh dari china, kita pergi ke Taiwin dimana Chang His – hsum seorang lelaki yang baru kehilangan isteri mahu berkahwin lagi. Tragis bila isteri Chang yang dikenali sebagai Tsai membunuh diri akibat daripada hubungan yang tidak direstui keluarga. Walaupun ingin berkahwin dia tidak mahu roh isterinya tidak tenteram apabila dia mengahwini perempuan lain.

20 tahun selepas kematian Tsai pada tahun 1999 dia memutuskan untuk berkahwin dengan seorang wanita, dan juga sebuah patung Barbie yang lengkap dihiaskan dengan baju kahwin dan juga barangan kemas milik bekas isterinya kononnya itu adalah bekas isterinya dan patung Barbie itu digunakan sebagai simbol sahaja, ia diadakan sedemikian rupa supaya roh isterinya tenteram di alam kematian. Perkahwinannya kali ini direstui oleh keluarga Chang sebagai tanda maaf mereka kepada bekas isterinya

  1. Richard Tones

Disebabkan terlalu gemar dengan alam sekitar, seorang lelaki yang bernama Richard Tones dari Peruvian itu memutuskan untuk berkahwin dengan sebatang pokok. Menurut Richard parkahwinan itu bukanlah diatas dasar cinta tetapi hanya untuk memberikan kesedaran terhadap orang ramai tentang menjaga dan mencintai alam sekitar.

Pada tahun 2013 di Argentina, Dia berkahwin dengan sebatang pokok, seperti juga upacara perkahwinan yang biasa dia membaca lafax kahwin dan juga menyarungkan cincin sebagai tanda mereka telah berkahwin. Tidak berhenti di situ dia juga berkahwin dengan sebatang lagi pokok yang terletak di Buenos Aires, di Colombia, Mexico. Menurutnya lagi dia tidak akan behenti mengahwini pokok untuk mewujudkan kesedaran tentang alam sekitar.

  1. Sal 9000

attachment-bimber-grid-2of3 wp-post-image lazyloaded

Kisah ini berlaku di jepun, bila soerang lelaki yang hanya dikenali sebagai Sal 9000 yang gemar untuk bermain sebuah video game yang digelar Love Plus. Dimana objektif game tersebut ialah untuk membina hubungan dengan satu daripada 3 watak wanita di dalam game tersebut. Pemain perlu memberikan barangan dan juga menjaga mereka secara virtual untuk memenangi hati mereka.

Akibat terlalu saying dengan watak virtual tersebut yang dikenali sebagai Nene Anegasakai, Sal 9000 yang berumur 25 tahun kemudian memutuskan untuk berkahwin dengan Nene. Menurut Sal mereka telah menyimpan perasaan selama 3 bulan dan berkahwin pada tahun 2009. Menurutnya lagi teman wanita virtual ini lebih menyenangkan daripada teman wanita yang sebenar, mereka tidak akan marah, merajuk dan akan mudah memaafkan. Dan sejak dia bertemu dengan nene dia tidak perlu wanita yang lain.

  1. Carol Sante Fe

Kalau tadi kita melihat Linda Ducharme bukan sahaja pernah mengahwini sebuah ferris wheele tetapi pernah mempunyai hubungan dengan kereta api. Ini pula adalah kisah Carol Santa Fe yang memutuskan untuk berkahwin dengan sbeuah kereta api yang dia gelar Daidra. Mereka bertemu semasa Carol berumur 9 tahun dan berkahwin 36 tahun selepas itu.

Untuk membuktikan cintanya, dia akan menaiki Daidra 45 minit pada setiap hari dan meluangkan masa bersama. Dia akan bertemu dengan Daidra dan mereka akan berbual, menurut carol lagi setiap kali Daidra bergerak dan mengeluarkan bunyi dia akan teransang.

Fakta Bonus

OS Internationale

Ini adalah satu pertubuhan yang menyokong mereka yang mempunyai hubungan dengan objek. Ditubuhkan oleh Rica Eiffel seorang wanita yang berkahwin dengan Menara Eifell, Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada umum tentang hubungan mereka ini.

Siapa pula Erica Eiffel? Antara kisah paling terkenal adalah kisah Erica yang mengahwini Menara Eifell. Mereka melaksanakan perkahwinan tersebut pada thaun 2007. Dia adalah bekas tentera amerika syarikat yang obses dengan benda yang tajam, dia juga pernah mewakili Amerika syarikat di peringkat olimpik.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Roh seorang kanak-kanak wanita

5 Orang Yang Tinggalkan Kekayaan Untuk Hidup di dalam Hutan