8. Gempa Bumi Sulawesi Tengah
Berlaku pada 28 september 2018, pukul 6.2 minit petang, sebuah gempa bumi berskala 7.5 magnitude di pulau Sulawesi lebih kurang 50 batu jauh dari kota palu dan donggala dimana posisi kota2 ini terletak di bagagian teluk, lebih kurang 30 minit selepas gempa bumi tersebut berlaku ombak setinggi 18 kaki membantai kawasan persisiran pantai, ini menyebabkan pencairan tanah yang berlaku di kota tersebut, ataupun dikenali sebagai likuifaksi ataupun Soil Liquefaction, dengan erti kata lain tanah menjadi seakan akan air.
Ribuan terkorban akibat daripada insiden ini, khususnya mereka yang berada di pantai pada waktu tersebut.
7. Sebelum Gempa Berlaku– https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/09/479749/pengesan-tsunami-terlepas-gelombang-besar
Gempa bumi yang berlaku 50 batu jauh dari kota palu pada asalnya dikesan oleh Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik Pusat Indonesia, tetapi selepas 30 minit, amaran tersebut ditarik balik, pada waktu ini mereak tidak menyangka akan berlaku tsunami setinggi 18 kaki yang akan membunuh lebih dari 800.
Menurut professor Louise Comfort, dari university of Pittsburgh, alat mengesan gempa bumi yang digunakan oleh agensi tersebut adalah jenis seismographs, ini tidak dapat mengesan sepenuhnya tsunami yang datang menyebabkan mereka tidak dapat mengelak kejadian tersebut.
6. Kelajuan Ombak– https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/10/480430/kelajuan-ombak-tsunami-sulawesi-800-kilometer-sejam
Menakutkan, bila kelajuan ombak tsunami di palu mencecah sehingga 800 kilometer sejam, ini mengejutkan ramai pihak termasuklah saintis2 yang berpengalaman. Menurut mereka gempa bumi bersaiz itu hampir mustahil untuk menyebabkan ombak besar selaju itu.
Menurut pakar geofizik Jason patton dari university Humboldt state carlifornia, di dalam satu kenyataan media mengatakan yang memang gempa bumi tersebut akan menyebabkan tsunami, tetapi tidaklah sebesar itu. Dia juga mencadangkan yang kalau fenomena seperti ini boleh terjadi.
5. Jumlah Kematian Mencecah 844 orang– https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/480443/844-angka-korban-terkini-bencana-di-sulawesi
Semasa video ini dirakamkan angka terkini korban adalah sebanyak 844 orang dan semakin meningkat pada setiap hari, dengan ribuan lagi yang dikhuatiti masih tertimbus di bawah tanah. Ada yang sedang berada di pantai pada waktu itu, ada yang berada di dalam rumah, bangunan dan sebagainya.
Kebanyakan kematian berlaku di Bandar palu menempatkan 380 ribu orang penduduk. Manakala di daerah donggala pula jumlah kematian belum lagi dikenalpasti kerana kawasn tersebut terputus hubungan sehingga kini. Melihat kemusnahan di kota ini, ramai agensi yang berpusu pusu datang ke sana untuk memberikan bantuan termasuklah agensi agensi Malaysia.
4. Fenomena Tanah Bergerak –https://www.youtube.com/watch?v=YjBA8x08nMw| https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/382010/tangisan-bumi-bergulung
Bumi bergulung, Tanah bergerak seperti air, rumah kelihatan terapung dan bergerak seperti di atas air dan keadaan sekeliling hura hara, jalan raya musnah, 70 peratus bangunan musnah dan bekalan elktrik terputus, itu yang dialami oleh penduduk di kota palu dan donggala, sebelum fenomena itu terjadi berlaku satu dentuman yang sangat kuat seperti letupan bom besar. Ini dinyatakan sendiri oleh Afrinal Dilham salah seorang penduduk di kawasan tersebut.
Menurut Abdul Muhari dari kementerian kelautan dan perikanan, Fenomena ini dikenalpasti sebagai soil liquefaction, ataupun pencairan tanah, satu fenomena yang berlaku bila kepadatan tanah menjadi lemah dan seakan akan air, antara factor utarama menyebabkan kejadian ini adalah daripada geseran tanah akibat gegaran gemba bumi.
3. Captain Ricoseta– https://www.youtube.com/watch?v=dbOMC4OMhB0
Seorang juruterbang Batik Air Kapten Rocoseta Mefella mendapat perhatian media apabila dia mengaku mempunyai firasat akan berlaku sesuatu yang buruk di kota tersebut. Dia yang mengemudi kapal terbang penumpang terburu buru untuk berlepas dari lapangan terbang palu menuju makasar kerana rasa gelisah, malah dia mengambil langkah untuk mempercepatkan jadual kapal terbang tersebut berlepas dari situ.
Mereka kemudian berlepas pada pukul 5.55 waktu tempatan, semasa bersedia untuk berlepas dia semakin terburu buru untuk memecut dan menerbangkan pesawat. Tepat pukul 6.20 petang mereka berlepas ke udara, Kapal terbang tersebut dan penumpang sempat berlepas sebelum gempa bumi berlaku iaitu tepat pukul 6.20 juga.
2. Darurat 14 hari–
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/09/480157/darurat-14-hari-diisytihar-di-tengah-sulawesi
Disebabkan oleh bencana ini, pihak berkuasa di tengah Sulawesi mengistiharkan darurat selama 14 hari bermula dari 28 september sehingga 11 oktober depan. Ini untuk memudahkan kerajaan pusat dan wilayah mengerakkan anggota ologistik, peralatan dan dana untuk penduduk kawasan yang terjejas.
155.61 juta telah diperuntukkan untuk membantu mengsa di kawasan tersbeut selain membina semula insfratruktur.
1. Pesta Pantai
Sebahagian besar orang yang terkorban ketika kejadian ini berlaku adalah mereka yang berkumpul di pantai tersebut untuk meraikan pesta pantai yang juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘Pesona Palu Lomoni’, iaitu salah satu perayaan penduduk tempatan. Ini menyebabkan mangsa dibantai oleh ombak dan memusnahkan semua yang berada di kawasan pantai, termasuk kereta, kayu bangunan dan rumah.
Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.
Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB
Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM
Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB
Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR
Applikasi –
Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX
Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo
Comments
Loading…