in

BERUPA

Hi , Assalammualaikum Ekram dan Kupi Kupi Go . Nama aku Farah . Aku ingin menceritakan tentang kisah seram yang mak aku lalui 5 bulan lepas . Iaitu tentang makluk yang menyerupai manusia . Aku panggil mak aku ‘Umi ‘ . Pada hari itu , aku dan adik aku tidak berada di rumah . Kami pergi mengunjungi satu aktiviti di Pahang dua hari . Kejadian ini terjadi pada hari kedua kami hendak pulang ke rumah .

Pada malam tu umi baru lepas membuat kerja rumah dan memasak . Kemudian umi hendak ke biliknya . Bilik dia sebelah bilik aku . Bilik aku ni bilik yang pertama  . Memang aku biar saja pintu bilik aku terbuka . Semasa umi berjalan melintasi bilik aku untuk menuju ke bilik dia . Umi menoleh kearah bilik aku . Dia ternampak satu susuk tubuh yang terbaring mengadap ke arah dinding dengan rambut tidak diikat .

Umi memanggil “Kakak.. Kakak … ” tetapi tidak dijawab . Umi fikir aku sudah nyenyak tidur akibat keletihan . Jadi , umi tak mahu ganggu . Dalam beberapa jam , aku dan adik aku sampai ke rumah . Umi dengan muka terkejut melihat aku . “Kakak baru balik ?” umi bertanya . Aku pun berkata ” Yaa umi . kakak baru sampai sahaja .” Mak aku hanya berdiam . Keesokkan harinya umi menceritakan kisah ini kepada adik aku dan merahsiakannya daripada aku  . Tetapi adik aku ni pulak kaki cerita . Tak boleh tutup rahsia . Jadi dia menceritakan kepada aku . Bukan kali pertama umi melihat kejadian seperti ini terjadi di bilik aku . Umi merahsiakan perkara ini dari aku kerana umi tak mahu takutkan aku . kata adik aku . Kerana bilik itu adalah bilik aku .

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Farah Pechiung

Pembonceng Tidak Berkepala

Pengalaman Menjadi Pengurus di Penginapan Atas Air – Kupi Kupi GO Original