in

Bilik Seram Genting Highland – Matt

Suatu ketika Dulu saya,ibu bapa Dan abang pergi ke kenduri kahwin saudara. Selepas beberapa Hari Di rumah saudara Kami menuju balik ke Penang dengan kereta milik bapa. Setengah jalan bapa saya bercadang bermalam di genting Highland semalam dan pulang keesokan Hari.

Apabila tiba ke genting Highland kesemua hotel disana penuh dan tidak ada bilik kosong. Bapa saya pun menuju ke sebuah apartment lama untuk mencari bilik. Reception service apartment memberitahu Kami hanya sebuah bilik terakhir maka Kami pun ambil bilik itu. Nombor bilik berkenaan no.44 saya Masih ingat.

Bilik itu mempunyai 2 bilik,satu bilik besar Dan kecik untuk saya dan abang, ruang tamu,meja makan dan dapur. Selepas berehat agak 30min. Ibu saya pun letak danging rendang belebihan yang dia bungkus dari kenduri lepas di atas meja makan apartment itu. Kami pun sekeluarga keluar bersiar-siar di genting hingga 9-10 Malam.

Apabila Kami pulang, kami sekeluarga perasan bungkusan rendang di meja penuh dengan ceceair pekat diseluruh meja(Seperti air liur). Kami semua pun terkejut lalu bapa saya membuang danging itu kedalam sampah. Selepas itu abang saya pun Mandi Dan ibu Dan bapa saya berehat didalam bilik master bedroom mereka. Saya pulak membuka tingkap diruang tamu sambil melihat keluar ke bangunan lain, angin sejuk memang relax.

Melihat keluar saya menoleh ke Kiri Dan saya pun nampak pasangan cina muda seorang lelaki dan perempuan dibilik lain Seperti saya sedang menikmati pemandangan. Lelaki itu pun menoleh tengok saya dan perempuan tak boleh nampak muka sebab rambut tutup muka. Saya pun tidak kisah Dan masuk keruang tamu nonton tv kerana tidak mahu kacau pasangan tersebut.

Selepas beberapa minit menonton tv saya tersedar bahawa bilik yang saya nampak pasangan itu berada adalah bilik kecil saya dan abang. Saya pun terkejut dan pergi ke bilik ibu bapa dan tidak berkata apa pun. Selepas beberapa minit abang saya pun masuk ke bilik master bedroom dengan muka pucat Dan dia berkata katil bilik kecik itu goncang apabila dia nak tidur.. dia pun terkejut dan berdiri melihat katil itu..

dan katil itu goncang didepan matanya lalu dia lari. Bapa saya pun berkata jangan panik dan abaikan sahaja. Kami sekeluarga pun tidur di bilik master bedroom. Waktu pagi bapa saya berkata dia hilang Azimat Yang dia simpan dipoket dia semalam untuk melindungi kami. Kesana sini dia mencari akhirnya Azimat itu berada di poket saya.

Kami pun hairan kenapa boleh berada di poket saya sehingga ke Hari ini. Selepas check out dari bilik bapa saya pun berkata dia tau bilik itu Kotor sebaik sahaja dia nakpak air liur dimeja. Dia berkata makhluk itu teringin nak makan tetapi tidak boleh maka air liurnya meleleh merata atas meja. Dan Azimat itu berada di poket saya kerana hendak melindungi saya. Itu saja cerita saya. Harap elok la. Hehe. Maaf kalau BM cacat sikit ya. Thanks Bye.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Matt

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Orang Yang Tinggalkan Kekayaan Untuk Hidup di dalam Hutan

Hijab – Lorrna Azwa