in

GANGGUAN

Kisah ini berlaku di rumah aku sendiri . Gangguan oleh makhluk halus . Kisah ini agak lama , terjadi beberapa tahun dahulu . Rumah aku ada dua tingkat . Kami tinggal sekeluarga dan waktu tu pakcik aku tinggal bersama kami sementara . Malam tu , aku dan adik aku berada di dalam bilik tingkat atas . Mak dan ayah aku pulak berada di ruang tamu .

Masa tuu pakcik aku balik , dia terus naik tangga masuk ke bilik dia . Waktu tu aku dan adik aku sedang fokus membaca buku cerita . Dalam masa 15 ke 20 minit selepas pakcik aku balik . Aku dan adik aku terdengar orang mengetuk cermin tingkap bilik yang kami berada menggunakan kuku . Mula-mulanya , kami tak endahkan saja . Aku cakap dekat adik aku jangan lari , jangan takut , buat tak tahu saja . Kalau ikutkan hati , memang takut . Makin lama makin kuat ketukkan tu . Kami dah mula tak sedap hati . Aku pun dah mula bangun dari katil aku terus ke pintu bilik sambil memegang tombol pintu untuk membuka . Adik aku pula dah bersedia untuk lari . Tiba² ketukan itu berhenti . Lama jugak kami berdiri di situ . Aku cakap dekat adik aku . Kalau bunyi lagi , kita lari dari sini . Kemudian .. Dia mulakan ketukan itu semula .. ketuk berhenti ketuk berenti .. kemudian ketukkan itu makin laju dan kuat tanpa berhenti . Apa lagi , aku dan adik aku terus bergegas lari keluar dari bilik itu menuruni anak tangga . Ayah kami memarahi kami . Mungkin sebab kami bergegas turun tangga . Iyalah , kang tak pasal² jatuh pula . Ayah aku garang sedikit . Tapi kami tak berkata apa² . Kami hanya senyum sesama sendiri saja buat macam tak ada apa² . Kalau kami cerita mungkin ayah kami akan marah . Dia tak mahu kami takut pada makhluk tu . Mak aku tak lepas dari mulut tanya kenapa .

Adik aku hanya membuat isyarat yang ada sesuatu yang tak kena . Mak aku hanya diam . Mak aku mereling matanya kearah ayah aku . Aku cakap dekat mak aku secara berbisik yang esok kami akan ceritakan apa yang kami lalui . Keesokkan harinya , ayah aku pergi ke kerja . Kami mula bercerita . Mak aku terkejut juga . Dia cakap dia pun terkena gangguan juga selepas kami tidur . Mak aku tidur di bahagian cermin bilik yang kami diganggu . Dia terdengar seperti ada orang yang menghembus nafas menggunakan mulut . Bunyi tu betul² di telingganya . Dia fikir , cuma imaginasi dia sahaja . Dia periksa sekeliling memang tak ada sesiapa .

Tetapi semasa dia hendak sambung tidur , benda tu bunyi semula . Mak aku dah rasa ada benda yang diganggunya , dia mengambil bantal terus tutup telingganya . Semasa ayah aku masuk ke dalam bilik , mak aku menceritakan kepada ayah aku . Ayah aku cakap tak ada apa² .

Dia menyuruh baca doa sebelum tidur . Dalam beberapa jam selepas kejadian tu , Ayah aku bangun dari tidur . Kemudian dia memasangkan surah² dari radio . Mak aku merasakan yang ayah aku juga terkena gangguan yang sama . Tetapi dia tidak berkata apa² . Dalam masa yang sama , pakcik aku berkata dia pun terkena gangguan juga . Dia terdengar orang menumbuk-numbuk dinding di sebelahnya . Tapi dia tak endahkan saja . Kemudian dia merasa ada sesuatu yang mencuit kakinya beberapa kali . Mak aku bertanya kepada pakcik aku ” semalam kau balik basuh kaki tak ?” Dia cakap lupa . Semalam dia hantar kawannya pulang di satu rumah kampung . kawasannya gelap . Dia ternampak ada satu susuk tubuh berdiri di sebelah pokok pisang yang berada tidak jauh darinya . Tetapi dia tak endahkan saja . Disebabkan dia rabun gelap , jadi dia fikir tak ada apa² . Mungkin dia salah tengok . Dan aku dapat rasa , mungkin juga benda itu ikut dia pulang ke rumah .

Kisah ini dikongsikan oleh Farah Pechiung terus kepada website Kupi Kupi GO, kalau anda mempunyai kisah seram anda sendiri bolehlah menghantar kisah tersebut kepada kami di

>>> SINI <<<

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Farah Pechiung

Pengalaman Menjadi Pengurus di Penginapan Atas Air – Kupi Kupi GO Original

5 Peradaban Laut Dalam Yang Misteri