in

Junko Furuta – 44 Hari Di Neraka

Bayangkan seseorang itu diculik, dikurang, dirogol, diseksa bukan oleh seorang bukan dua orang tapi lebih dari 100 orang. Bukan sehari, bukan dua hari tapi 44 hari. Itulah yang terjadi kepada seorang remaja dari jepun, Junko Furuta yang pada waktu itu berumur 16 thaun.

Ini adalah sebuah kes yang mengejutkan penduduk jepun pada tahun 1988, kes jenayah juvana melibatkan 4 orang lelaki dimana salah seorang daripada mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap yakuza. Remaja2 tersebut dikenalpasti sebagai Miyano Hiroshi, Minato Nobuharu, Jo Kamisaku dan Wanabe Yaushi.

Junko Furuta adalah pelajar sekolah menengah di Misato, di Daerah Saitama, jepun. Terkenal sebagai seorang yang cantik dan aktif mendapat perhatian dari rakan rakan sekolahnya membuatkan ramai yang cemburu. Dan antara peminat Jonko adalah Miyano Hiroshi, salah seorang daripada 4 yang menculik jonko. Miyano dikenali sebagai seorang pembuli di sekolah, apabila dia cuba meluahkan perasaan kepada Junko, dia telah ditolak bulat bulat. Dengan itu lahir perasaan marah dan malu di dalam diri Miyano.

Penculikan

Pada 25 november 1988, Miyano mengajak rakan rakannya untuk menculik Junko, jonko telah dibawa ke rumah yang dimiliki oleh salah seorang daripada mereka, lebih tepat lagi Minato Nobuharu, yang terletak di Ayase, Daerah Adahi, Tokyo. Takut yang pihak polis akan mencari Jonko, mereka memaksa gadis tersebut untuk menelefon ibu bapanya dan memaksa dia memaklumkan mereka yang dia melarikan diri mengikut teman lelaki dan tidak lagi akan kembali ke rumah, selain diarah untuk memaklumkan ibu bapanya yang dia bukan dalam bahaya. Disebabkan takut dengan ugutan mereka, Jonko mengikut sahaja arah 4 remaja ini.

Rumah tersebut pula sering mendapat kunjungan dari ayah dan ibu Minato Nobuharu dari masa ke semasa, terkejut bila mereka mendapati ada Jonko yang juga tinggal di situ, apabila ditanya Nobuharu mengatakan yang itu adalah teman wanitanya, sementara Jonko diarahkan untuk berpura pura normal setiap kali mendapat kunjungan. Menurut laporan, walaupun ibu bapa Minato mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, mereka tidak melaporkan perkara tersebut kerana takut kepada anak mereka sendiri yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap yakuza.

dengan itu tiada kes penculikan dilaporkan dan tiada pencarian dijalankan. Kini Jonko berada di dalam tahanan 4 remaja dari neraka ini.

– Penculikan –

Di sinilah bermula kisah mengerikan Jonko Furuta, Gadis tersebut telah diculik selama 44 hari, dan selama 44 hari inilah, dia diseksa dengan cara seksaan yang tidak termasuk dek akal. Seksaan yang membuatkan rata rata kita di sini hairan dan tidak percaya yang perkara ini betul betul terjadi.

Junko dimalukan dia telah dibogelkan, dia tidak dibenarkan untuk memakai pakaian hampir pada setiap masa. Dia bukan sahaja dirogol oleh 4 remaja tersebut tetapi dia telah dirogol lebih dari 100 orang yang kebanyakan mereka adalah ahli kumpulan yakuza yang dipanggil oleh Minato, dia dijangka telah dirogol lebih dari 500 kali, sehinggakan ada satu ketika dia dirogol oleh 12 orang lelaki yang berbeza pada satu hari sahaja.

Seksaan Junko tidak berhenti di situ, dia juga sering dibelasah termasuk dipukul oleh kayu golf di kepada dan kepadalanya dihentak di semen. Apa yang lebih menjijikkan, junko juga sering dikencing oleh perogol perogolnya, dia juga telah dipaksa untuk melakukan onani untuk meransang mereka.

Pelbagai objek, termasuk botol, besi, gunting, jarum dimasukkan ke dalam kemaluan junko supaya dia terseksa untuk memuaskan nafsu perogol, perogolnya. Dia tidak diberikan makanan yang cukup, malah diapksa untuk memakan lipas dan meminum air kencingnya sendiri. Mereka juga menyalakan bunga api di dubur junko membuatkan melecur yang teruk.

Puting sebalah kiri dirobek menggunakan pelayar, pemberat diletakkan diperutnya sementara kaki dan tangan junko diikat. Dia juga pernah digantung dan dijadikan beg peninju, dimasukkan ke dalam peti sejuk dan dibiarkan di sana selama beberapa jam. Kelopak mata junko dicurahkan oleh cairan lilin yang panas, putingnya dicucuk menggunakan jarum, kemaluannya dibakar dengan rokok dan pemetik api. Lampu bulb dimasukkan ke dalam kemaluannya, digosok sehingga ianya pecah di dalam.

Seksaan ini yang menyebabkan junko semakin derita, disebabkan oleh pendarahan dalaman yang teruk, tubuh badannya tidak dapat menerima makanan. Ada satu ketika bila dia cuba menelefon pihak polis apabila perogol perogolnya mabuk, dia telah ditangkap dan kakinya dibakar membuatkan dia tidak dapat lagi berjalan selepas itu. Tulang temulang di dalam badan junko telah hancur dan retak, membuatkan dia tidak dapat bergerak. Semasa musim sejuk pula dia dipaksa untuk tidur di balkoni.

– 30 hari Berlalu –

Semua ini membuatkan pergerakan junko terbatas, kini bukan sahaja dia sukar untuk makan tetapi juga sukar untuk membuang air kecil dan besar, bayangkan untuk turun ke tandas yang terletak di tingkat bawah, junko memerlukan 1 jam untuk merangkak. Telinganya juga pecah dan saiz otak junko mengecil.

Kini junko furuta, seorang gadis jelita yang menjadi kegilaan ramai orang, telah rosak, badannya berlumuran darah, sekali pandang tiada lagi yang kenal dengan gadis tersebut.

– 44 Hari Berlalu –

44 hari berlalu, seksaan tersebut membuatkan junko putus asa dan hilang akal, sehinggakan dia merayu rayu kepada penculiknya, bukan untuk dilepaskan. Tetapi merayu untuk dibunuh. Mereka yang tidak berhati perut menolak permintaan junko malah pada 4 januari tahun 1989 mereka mencabar junko di dalam satu permainan mahjong. Mengejutkan bila dia memangi permainan tersebut, mereka marah dan membelasah junko, dia telah dipukul oleh besi dan seluruh badannya dibakar, menyayat hati, bila junko tidak meinggal dunia serta merta, tetapi meninggal dunia perlahan lahan disebabkan oleh derita sakit dipukul dan dibakar, dan keesokan harinya, junko telah pergi.

Tong Drum Besi –

Penculik penculik dari neraka ini kemudian memasukkan mayat junko di dalam gelen drum, mereka menuang konkrit dan membuag drum tersebut berdekatan daerah Kota, Tokyo.

– Selepas 44 Hari –

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, 4 remaja ini telah ditangkap oleh pihak polis, mereka dibicarakan sebagai juvana kerana masih lagi dibawah umur. Identiti mereka telah dirahsiakan, namun begitu seorang wartawan mendedahkan identiti sebenar mereka dan juga jenayah yang telah mereka lakukan, kerana dia percaya yang 4 remaja ini tidak berhak untuk mendapat hak perlindungan.

Hiroshi Miyano, yang pada waktu itu berumur 18 tahun dikatakan telah menukar namanya kepada Hirosho Yokoyama.

Jo Ogura – 18 tahum menukar namanya kepada Jo Kamisaku.

Hobuharu Minato ataupun Shinji Minato – berumur 16 tahun

Yasushi watanabe – pada waktu itu berumur 17 tahun

Walaupun dibicarakan di makamah juvana, Mereka diberikan hukuman sebagai seorang dewasa, 3 orang daripada mereka cuba dipenjarkaan selama 8 tahun, menakala ketua mereka dipenjarakan selama 17 tahun, pemohonannya untuk mengurangkan tempoh penjara ditolak malah telah dinaikkan kepada 20 tahun begitu jgua dengan pemohonan dua remaja yang lain. Salah seorang daripada mereka tidak memohon dan penjara 8 tahun dikekalkan.

Apa apa pun, kini tahun 2018, 4 remaja dari negaka ini sudahpun keluar dari penjara, di dalam lingkungan umur 30an, dan mungkin telahpun mengubah nama mereka sekali lagi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Terowong Paling Berhantu di Dunia

Sejarah Dan Penjelasan Illuminati