in ,

Lucid Dreaming Cara Untuk Mengawal Mimpi Anda

Lucid Dreaming Cara Untuk Mengawal Mimpi Anda

Apa itu lucid dream

Bila kita bermimpi kita tidak akan sedar yang kita sebenarnya sedang bermimpi dan tidak dapat mengawal apa yang terjadi di dalam mimpi tersebut. Lucid dream ataupun lucid dreaming pula adalah kebolehan untuk sedar yang kita sedang bermimpi dan juga kebolehan untuk mengawal apa yang kita impikan. Ketika melalui lucid dreaming mimpi kita seperti benar benar terjadi, kita boleh buat apa shaaja yang kita mahu dan kita suka, contohnya untuk terbang ke udara, mempunyai wang yang banyak, mempunyai kuasa dan sebagainya.

Untuk lucid dreaming memerlukan cara cara yang tertentu, dan lucid dreaming tidak selalunya indah ada kesan buruk kepada mereka yang sering mengamalkan lucid dreaming. Antara contoh terbaik untuk mejelaskan lucid dreaming adalah seperti filem Inception yang dilakonlah oleh Leonardo dicaprio.

Cara untuk lucid dream

Objektif utama kaedah lucid dream adalah untuk anda sedar yang anda sedang bermimpi.

Ada orang yang mempunyai kelebihan mental untuk menjalani lucid dreaming dengan mudah, namun kebanyakan orang tidak boleh melakukan lucid dreaming dengan sesuka hati. Dengan itu ada cara yang dicadangkan kepada mereka yang mahu merasai pengalaman lucid dreaming. Salas satunyaa dalah sebelum anda tertidur anda perlu mengigatkan diri anda, untuk mengigatkan diri anda sendiri ketika berada di alam mimpi yang anda sedang bermimpi.

Kalau ketika bermimpi anda sedar yang anda sebenarnya berada di dalam alam mimpi maka anda sedang melalui lucid dreaming dan boleh malakukan apa sahaja yang anda mahu. Namun begitu, ini tidak semestinya berkesan untuk semua orang dan setiap orang memerlukan cara yang berbeza.

Kesan Buruk

Jika seseorang itu cuba untuk melalui lucid dreaming dan gagal, apa yang mereka mimpikan bukanlah sesuatu yang indah. Tetapi mereka akan mengimpikan pelbagai perkara yang pelik dan menakutkan seperti melihat seekor raksasa ataupun hantu, mimpi ngeri akan mengaggantikan mimpi anda pada malam itu. Apa yang menakutkan seperti juga lucid dreaming yang biasa yang anda rasakan seperti benar benar terjadi, mimpi ngeri itu juga seperti benar terjadi kepada anda.

Antara kesan buruk yang lain pula melibatkan mereka yang sering melalui lucid dreaming, ada yang melaporkan akibat terlalu kerap melakukan lucid dreaming, mereka  tidak dapat membezakan reality dan juga alam mimpi. Seperti juga filem inception, bila watak Leonardo tidak dapat keluar dari alam mimpi ketika lucid dreaming kerana dia tidak dapat membezakan samaada alam reality ataupun alam mimpi, jika kekliruan ini menjadi semakin kronik ia boleh menyebabkan gangguan mental dan perlu dirawat.

 

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

8 Peristiwa Gempa Bumi Sulawesi Tengah (Kota Palu dan Donggala)

5 Teori Konspirasi New World Order