in ,

MISTERI BEBOLA TERBANG

Hai.. nama saya Jacob Ressa berasal daripada Kuching Sarawak. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman seram saya dan kawan2 saya 2 tahun lepas(2017) Nak diceritakan, saya merupakan salah seorang recording artis (penyanyi), local artist Sarawak. Pada tahun 2017 adalah tahun di mana album kompilasi saya dan kawan2 artis yang lain dilancarkan. Dalam album ni kami ada 4 orang iaitu saya (Jacob), Eric,Ernie & Kriss. Oleh kerana pada masa tu kami agak sibuk dengan jemputan nyanyian, so kami menyanyi bersama2. Kadang2 kami berempat kadang2 bertiga dan kadang2 berdua. Ada satu masa tu, kami tiga Iaitu saya Jacob, Eric dan Kriss ada jemputan nyanyian di salah sebuah tempat hiburan yang agak2 masa perjalannannya dari Kuching dalam 3jam setengah macam tu. Tapi kami bersama lagi seorang rakan kami untuk menemani kami masa tu iaitu Ricky.

Dipendekkan cerita kami berempat menyewa keretA sebab masa tu masing2 belum ada kereta lagi. Kami berangkat dari bandaraya kuching dalam tengah hari macam tu. Singgah sana singgah sini makan beli minyak, sehinggalah kami berhenti di salah sebuah pasar kecil yang terletaknya satu jam setengah dari destinasi yang kami ingin buat show tu. setibanya kami berempat di situ, saya tiba2 terasa badan saya panas sejuk, mula nya saya kira mungkin kerana aircond kereta terlalu sejuk so selepas kami menyambung perjalanan tu saya suruh Kriss(driving) untuk memperlahankan aircond supaya tidak sejuk.. walaupun dah diperlahankan tapi badan saya masih terasa sejuk di luar tapi panas di dalam. Saya gigihkan jugak sebab pada malamnya kami bakal perform. So setibanya di destinasi tersebut, kami dijemput oleh organizer (owner tempat hiburan) di salah sebuah pasar malam which is kami diberi makan terlebih dahulu sebelum pergi ke hotel di mana kami bersiap dan bermalam. Setelah selesai makan kami dibawa ke salah sebuah hotel di tempat tersebut di mana jaraknya dari tempat kami perform tidak lah jauh sangat hanya beberapa minit sahaja.

Masa tu saya merasakan badan saya semakin panas sejuk tapi saya tak hiraukan sangat. Jadi kami pun mula lah bersiap siap mandi tukar pakaian, mekap dan sebagainya. Then pergilah kami berempat ke tempat kami perform tu. Dalam tempat tu memang sejuk aircond, nasib baik saya ambik initiatif untuk menggunakan baju lengan panjang yang agak tebal. Semasa kami perform tu saya semakin merasakan saya macam nak demam panas tapi still kuatkan diri sehinggalah kami habis perform. Jam masa tu lebih kurang pukul 2@3 pagi kami pun balik semula ke hotel selepas dapat payment. Otw balik tu saya memang dah tak dapat nak kuatkan diri saya hanya pejamkan mata dan baring di seat belakang kereta. Saya pejamkan mata, terasa mata saya panas2, berair, merah2.. so kriss, eric dan ricky ni bagitau yang saya kena demam panas. Setiba di hotel, kriss & eric bagitau yang diorang masih nak keluar cari benda untuk makan. Masa tu jam dalam pukul 3&3:30 pagi. Manakala saya dan ricky hanya tidur di dalam bilik sahaja sementara menunggu waktu siang.. Saya memang dah tak dapat nak bukak mata, berdiri. Hanya baring sahaja, hanya mampu buka baju yang saya guna untuk perform tu. agak2 pukul 4:30 pagi, kriss dan eric balik ke hotel.

Sesampainya di hotel tu kriss dan eric bangunkan saya dan ricky dan bagitau suruh kemas2 barang dan terus checkout. Saya dan ricky pun tanya kenapa tak tunggu dah siang checkout tapi diorang diam sahaja. Tanpa buang masa kitorang pun kemas barang dan checkout. Kriss dan eric telah pun tunggu di dalam kereta. Diorang senyap tak berkata apa2. Masa tu jugak dompet saya tertinggal dalam bilik, so dengan keadaan yang lemah tu saya patah balik ke hotel suruh penjaga kaunter tu buka balik bilik and mencari dompet saya tu. kriss pesan dengan saya suruh cepat sikit jangan timing.. si ricky ni dia tak peduli masuk kereta terus tidur.. setelah ambil balik dompet saya pun masuk balik dalam kereta. Dalam kereta tu, Kriss tiba2 bertanya.. korang,, nampak tak kucing yang kat hujung tiang tu? Dia kata.. kenapa kucing tu bunyi macam bayi menangis ea? Kriss tegur.. lepas tu Eric pun bagitau Kriss suruh kriss drive jerr tak payah banyak mulut.. so dalam pukul 4:30 pagi tu kitorang balik la ke bandaraya kuching.. Semasa perjalan tu, tiba2 Eric ni dia pesan kat Kriss supaya jangan menoleh ke kiri atau ke kanan.. kriss bertanya kenapa? Eric terpaksa bagitau.. “Ada bebola api yang mengikuti kita dari belakang.. semakin dekat semakin dekat” katanya… sampailah si eric bgitau kriss jangan toleh sebelah kanan.. sebab si kriss ni dia driving so cermin sebelah kanan kalau driving..kriss pun ikut kata.. masa tu kriss memang bawa kereta laju.. ricky dan saya mendengar perbualan mereka tetapi tak dapat nak bangun sebab saya dah kira demam panas teruk dan ricky pulak tiba2 sakit perut. Tanpa memperdulikan ricky yang sakit perut eric bangunkan jugak ricky untuk membaca doa.. ricky pun berdoa berdoa dan berdoa.. lama kelamaaan bebola api tu..

Semakin jauh dah jauh sehingga laa tak kelihatan lagi.. setelah bebola api yang kelihatan mengekori kami tu hilang.. kriss pun perasan, kenapa kita dari tadi masih tak sampai pintu gerbang? Sebab tempat tu sebelum pintu gerbang ada terdapat tapak perkuburan.. setelah sedar rupa2nya kami masih di kawasan perkuburan. Setelah bebola api tu hilang baru kami sampai di pintu gerbang tempat tersebut.. saya dengan keadaan demam panas tu mendengar jugak apa yang kriss dan eric bualkan..

Jadinya si eric pun menceritakan apa yang berlaku.. rupa2 nya sebelum kami mendengar kucing berbunyi seperti bayi menangis tu si eric ternampak ada seorang pak cik tua tak pakai baju berdiri tegak di belah tiang berdepan dengan pintu hotel kami. Yang hairannya pak cik tu tak bergerak langsung, berdiri tegak sambil menoleh ke arah kereta kami.. semasa eric bercerita tu, berdiri bulu roma kami. Nak diceritakan, kami mengalami 3 kejadian aneh dan seram.. iaitu, pertama ternampak seorang pak cik tua tak pakai baju berdiri tak bergerak sambil melihat ke arah kami yang ada dalam kereta,. Yang kedua si kriss terlihAt ada seekor kucing yang mengiau tetapi bunyi seperti bayi menangis dan yang ketiga kami dikejar bebola api di kawasan perkuburan..

Bayangkan, perjalanan yang sepatutnya 3 jam lebih tu.. si kriss yang drive dari pukul 4:30 lebih tu kami boleh sampai area Kuching dalam satu jam setengah sahaja.. betapa takutnya kami masa itu.. setelah sampai di rumah, saya pun bagitau dengan kakak saya yang saya kena demam panas. Nak tahu tak? Saya terkena demam panas tu lebih kurang satu minggu baru sihat.. saya merasa loya2 nak muntah pening kepala dan nafsu makan kurang..

Setelah sihat tu, saya pun bercerita dengan family.. then family bagitau mungkin kamu lemah semangat..

Setelah peristiwa tu kami berempat pun lepak2 sambil bercerita tentang peristiwa seram yang kami lalui.. lepas tu kami bercadang untuk berkongsi cerita ini di facebook.. si eric pun up status bercerita dari awal sampai akhir.. lepas tu ramai yang komen,, majoriti yang berasal dari tempat tersebut bagitau.. kenapa korang duduk kat hotel tu? Nak tau tak hotel tu tapak perkuburan lama.. masih ada sisa2 kubur yang tak dapat dipindahkan di area belakang hotel tu.. rupanya hotel tu murah jerr,, rupanya ada story hotel tu. patut la kami ada nampak pak cik tua yang tak pakai baju berdiri tengok kami. Bayangkan masa tu waktu awal pagi, sapa jerr yang boleh tahan sejuk awal pagi..

So sampai kat sini sahaja laa perkongsian saya yang kiranya the latest experince pernah saya alami. Experience semasa show di sekitar area sarawak

Nukilan dari;
Jacob Ressa Jrb

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Hotel Berhantu Dengan Kisah Menakutkan dari seluruh Dunia

10 INDIVIDU MENIPU DICULIK