in

Orang Yang Obses Menjadi Watak Fiksyen

Annette Edwards, Jessica Rabbit

Mendapat inspirasi dari filem ‘Who Framed Roger Rabbit’, Annette Edwards, wanita berumur 66 tahun ini memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik yang memakan kos 10K paun untuk menjadi seperti watak ‘Jessica’. Untuk berpenampilan seperti jessica bukanlah satu perkara yang asing lagi kerana wanita yang berasal dari england ini adalah seorang bekas model, namun begitu faktor usia yang menjadi penghalang.

Ini disebabkan dia terlalu obses dengan Arnab malah dia memiliki arnab terbesar di dunia yang bernama Alice. Dia menjadi jessica kerana ingin menjadi isteri kepada arnab kesayangannya itu. Dia telah melakukan suntikan botox, menaikkan payudara dan juga pembedahan di leher. Manakala seluruh tubuh badannya menurut Annette adalah hasil dari diet dan bersenam.

Gavin Pazlow, Syaitan

Mungkin serik menjadi seorang manusia, seorang pengawal keselamatan tekad untuk menyelewang wang di dalam jagaanya untuk menjalani pembedahan nampak seperti seekor syaitan. Dia telah menyeleweng 3 ribu 500 paun untuk dia menjalani pembedahan tersebut. Dia meletakkan bonggol di dahi kanan dan kiri meyerupai tandung, menukar warna matanya menjadi hijau, telinga yang tajam, gigi taring dan membelah lidahnya. Selepas menjalani pembedahan tersebut dia menukar namanya menjadi Diablo Delenfer yang membawa maksud ‘Syaitan dari neraka’

Menurut gavin dia ingin nampak seperti lucifer, raja segala syaitan. Apabila didakwa diatas kesalahan menyeleweng wang pihak mendakwa membuat kenyataan “Banyak kes melibatkan penyelewengan pernah dilakukan tetapi untuk tujuan pembedahan nampak seperti syaitan adalah sangat ganjil”

Alan, Status Of David

Dilaporkan pada tahun 2013 dahulu, Ini adalah kisah pada tahun 2009 dahulu, Dari england kita ke Jepun dimana seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alan membelanjakan 1 ratus 50 ribu us dollar ataupun 6 ratus 16 ribu ringgu untuk menjadi seperti ukiran Michealangelo yang dikenali sebagai ‘The Statue Of David’. Dia memulakan pembedahan tersebut semasa dia masih lagi berumur 16 thaun, dan mendapat sumber dari penaja ataupun dengan erti kata lain mama ayam alan.

Objektif utama Alan adalah untuk mempunyai raut wajah dan tubuh badan orang putih dengan itu dia membuat pembedahan mata, hidung, dagu dan mulut, namun begitu sehingga hari ini alan belum lagi menyerupai ‘The statue of david’ dan akan terus menjalani pembedahan untuk nampak seperti patung tersebut.

Vanilla Chemu – ‘Living French Doll’

Juga pada tahun 2013, Seorang lagi model dari jepun yang obses menjalani pembedahan untuk nampak seperti patung perancis ataupun ‘French Doll’. Diberikan jolokan ‘Living French Doll’ wanita ini telah menjalani lebih dari 30 pembedahan dan kos pembedapahan ini dianggarkan bernilai lebih dari 1 ratus 02 ribu us dollar ataupun bersamaan dengan 4 ratus 31 ribu us dollar.

Jika dibandingkan dengan gambar asal, wajah wanita tersebut memang nampak berbeza dengan mata yang lebih besar, hidung yang mancung dan bentuk muka yang bujur kini dia nampak seperti orang barat berbanding orang asia. Dia juga menjalni pembedahan di tubuh badannya termasuk payudara dan pinggang, kini bekerja sebagai seorang model, menurut Vanilla masih banyak lagi pembedahan yang ingin dilakukannya untuk nampak seperti sebuah patung.

Vinny Ohh – ‘Makhluk Asing Tidak Berjantina’

Dilaporkan pada tahun 2017 dahulu, Pelik tapi normal kalau kita dengan ada orang yang menjalani pembedahan untuk menukar jantina, dari lelaki ke perempuan dan begitulah sebaliknya. Ini pula kisah melibatkan pembedahan membuang jantina. Dijalankan oleh seorang lelaki yang berasal dari Los Angela, bukan itu sahaja dia ingin menjalankan pembedahan supaya dia nampak seperti seorang makhluk asing sehingga hari ini dia telah menjalani lebih dari 100 pembedahan termasuk dua rhinoplasties dan 35 kali pembedahan wajah.

Dia telah membelanjakan $50 ribu us dollar untuk menjalani pembedahan pembedahan tersebut. Untuk membuang kemaluan pula, Tiada pakar bedah yang mampu untuk melakukan pembedahan rumit ini dan kalau ada pun ia adalah yang pertama di dunia dan kalau ia dilaksanakan sekalipun ia akan memberikan kesan buruk kepada Vinny untuk jangka masa panjang.

Herbert Chavez – Superman

Ini adalah kisah seorang lelaki dari filipina yang dikenali sebagai Herbert Chavez. Dia telah menjalani lebih dari 20 pembedahan supaya raut wajahnya nampak seperti watak superhero fiksyen clark kent.Kini dikenali sebagai superman filipina, dia telah menghabiskan 2 ratus ribu peso ataupun 23 ribu ringgit untuk menjalani pembedahan selama 30 thaun.

Herbert telah memutihkan kulitnya, mamancungkan hidung, pembedahan bentuk muka, bibir dan pelabagai lagi pembedahan. Namun begitu selepas dia menyuntik cecair beracun di dalam tubuh badnanya untuk nampak sasa doktor menasihati Herbert untuk berhenti, tetapi sehingga hari ini dia masih lagi menjalani pelbagai pembedahan.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Saintis Gila Yang Buat Kerja Gila

5 Rakaman CCTV yang Misteri