in

Pembonceng Tidak Berkepala

Hi Assalammualaikum Ekram dan peminat kisah seram Kupi Kupi Go . Nama aku Farah . Harini aku ingin menceritakan kisah tentang kawan aku sendiri . Nama dia Zul . Kisah ni terjadi pada waktu malam di jalan Balik Pulau , Penang . Tempat ni memang agak keras . Memang ramai yang ada kisah seram tersendiri yang terjadi di kawasan ni .

Jalan ni memang sunyi dan memang jarang orang guna jalan ni pada waktu malam . Jalan ni tak semua ada lampu . Aku sendiri pun seram nak lalu kawasan ni . Malam tu Zul dengan 2 orang  kawannya Adam dan Hairi lalu dikawasan tu . Sepanjang jalan tuu jaraknya dalam 8km dari tempat yang mereka nak pergi . Mereka dah tahu jalan ni keras  . Jadi , memang dari awal mereka hanya diam sahaja , tak cakap apa-apa . Apatah lagi tegur , memang tak ada .

Mereka menaiki 2 buah motosikal . Adam naik moto yang ditunggang oleh Zul . Hairi pula menunggang berseorangan . Nak dikatakan memang kerap juga mereka guna jalan ni . Selama ni tak pernah pulak nampak benda² pelik kat kawasan ni . Entah kenapa malam tu terjadi kepada mereka bertiga . Masa mereka lalu kawasan tu , macam biasa .

Memang sunyi . Kami bawa moto secara santai sahaja . Adam dan Zul hanya berbual kosong . Mereka berdua hanya berbual tentang sparepart² moto . Biasalah , lelaki . Hairi diam saja . Dia berada di belakang mereka . Tiba-tiba ada seorang lelaki menaiki motosikal melalui kawasan bertentangan dengan mereka .

Zul melihat kearah lelaki tersebut . Apa yang mengejutkan Zul . Lelaki itu bukan menunggang berseorangan . Tetapi ada sesuatu di belakangnya . Gilaaa ! Meremang bulu roma ! Lelaki itu membawa seseorang yang tidak berkepala ! Ikutkan hati , nak sahaja dia menjerit . Tapi dia hanya berdiam sahaja . Takkan dia nak jerit tempat² macam ni pula . Nanti benda lain pula yang datang . Arghh . Zul menjeling kearah Adam . Dia fikir dia sahaja yang nampak . Tapi Adam pun ternampak juga . Dia nampak reaksi muka Adam yang berubah pucat . Adam hanya menyuruh Zul pecut keluar dari kawasan ni secepat mungkin . Zul pun Iyakan sahaja .  Sebelum Zul pecut keluar dari kawasan itu , Dia dan Adam sempat menoleh kebelakang . Mereka ingin memberitahu Hairi supaya bawa laju sama seperti mereka . Tapi selepas melihat Hairi , mereka berdua berpaling sesama sendiri . Rasanya Hairi pun ternampak apa yang mereka nampak tadi . Melihat muka Hairi yang pucat dan air matanya pun dah keluar , mereka dah tahu .

Mereka beritahu Hairi supaya menunggang motor dihadapan mereka dan menyuruh dia pecut keluar dari sini secepat mungkin . Selepas mereka keluar dari jalan tu . Mereka berhenti di sebuah stesen bas yang berada di kawasan ini . Kemudian , Zul terus bertanya  kepada Hairi. “Kau nampak kan apa yang kitorang nampak tadi ?” . Hairi hanya mengangguk . Adam dan Zul menceritakan yang mereka ternampak susuk tubuh manusia yang tidak berkepala . Kemudian Hairi bertanya “Korang nampak badan saja ?” Mereka terdiam . “Kenapa ? Kau nampak benda lain ka ?” tanya Zul . “Tadi aku nampak lelaki tu bawa seseorang yang tidak berkepala . Tapi apa yang membuatkan air mata aku keluar ni  sebab aku nampak kepala dia berada di dalam raga motor lelaki tu .

Mata dia melihat lelaki itu dan terus tajam memandang kearah aku . Mungkin benda tu tahu aku tengok dia . Walaupun wajah dia agak samar² , tapi aku boleh nampak muka tuh hodoh dan amat menakutkan !” kata Hairi . Zul dan Adam terkejut . Mereka berasa pelik . Adakah lelaki itu tidak tahu atau tidak nampak benda yang dibawanya ? 

Kisah ini dikongsikan oleh Farah Pechiung terus kepada website Kupi Kupi GO, kalau anda mempunyai kisah seram anda sendiri bolehlah menghantar kisah tersebut kepada kami di

>>> SINI <<<

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by Farah Pechiung

Kongsi Kisah Seram Anda di Kupi Kupi GO

BERUPA