in ,

Pengalaman Menjadi Pengurus di Penginapan Atas Air – Kupi Kupi GO Original

Sebelum kejadian ni berlaku. Aku terus terang dengan semua. Aku tak pernah jumpa ataupun ternampak hantu, walaupun begitu aku ni jenis yang percaya dengan kewujudan2 mereka ni. Cuma kisah2 yang aku dengar sebelum ni samaada datang dari kawan2 aku ataupun dari ahli keluarga aku.

Tapi kali ini, aku sendiri yang lalui pengalaman seram ni, nama aku erdy, boleh dikatakan aku ni seorang yang mempunyai pengalaman di dalam bidang pelancongan, malah aku juga pernah menjadi pengurus ataupun manager di beberapa pusat pelancongan yang terletak di sabah. Aku dijemput oleh seorang rakan aku yang juga mempunyai sebuah penginapan atas air yang terletak di semporna sabah, lokasi sebenar adalah lebih baik aku rahsiakan.

Aku diperlawa untuk menguruskan hal pentadbiran di sini, selama dua minggu akan tinggal di sana untuk menyelesaikan tugas aku, untuk pergi ke kawasan penginapan ni aku kena manaiki bot, adalah dalam 15 minit dari jeti di darat. Di sini memang santai, dikelilingi dengan laut, jernih pula air dia tu, sesiapa yang pernah pergi menginap di kawasan ni memang tahulah mcmana keadaan di sini.

Hari pertama aku sampai di sana, seperti juga tempat2 penginapan pelancongan yang lain yang aku pernah pergi kawasan di sini agak nprmal buat aku tak ada apa yang pelik. Pekeja2 di sana pun ramah2 juga, memang senang aku berurusan dengan diorang ni. Bilik yang disediakan untuk aku adalah bilik tetapi yang terletak di hujung sekali. Biliknya luas dan selesa.

Tibalah waktu malam aku berada di situ, tidur di dalam rumah di atas air ni memang macam2 bunyi, bunyi air laut di bawah rumah, bunyi kayu berlanggar sesame sendiri, bunyi angin. Itu perkara yang normal buat aku. Tapi ada satu bunyi yang buat aku terjaga malam tu. Bunyi tapak kaki, di dalam bilik aku.

Untuk pengetahuan semua, bilik tu dikhaskan untuk aku sahaja dan cuba aku seorang ashaja yang akan tinggal di sana. Jadi kalau aku terdengar bunyi tapak kaki di dalam bilik tu memang pelik lah. Aku terdengar bunyi tu dua tiga kali. Aku cuba tenangkan diri aku mungkin tu perasaan aku sahaja, kalau ada pun benda tu dalam bilik aku mungkin dia Cuma menjenguk dan akan pergi sekejap lagi. Aku teruskan tidur.

Keesokan harinya aku bangun, dan aku teruskan lagi kerja aku, sehinggalah tiba malam kedua, malam ni aku pastikan pintu bilik aku berkunci, begitu juga dengan tingkap. Semalam tu aku terfikir juga, kalau ada orang dalam bilik aku mungkin sebab pintu rumah aku tak berkunci. Mungkinlah aku tak pasti.

Hari kedua pun aku lalui perkara yang sama, aku terdengar juga bunyi tapak kaki, eh, pelik juga ni, kalah aku dah kunci pintu dan tingkap mcmana pula ada orang boleh masuk, kalini aku tekad, aku cuba dengar betul2 bunyi tapak kaki tu, aku bangun dari katil dan cuba ikut bunyi tu, dalam sekelip mata sahaja aku dengar ada orang yang seakan akan berlari dari hujung katil aku ke tandas. Aku bergegas hidupkan lampu dan segera meluru kea rah tandas aku buka tandas, tak ada orang di sana!

“Aduh” kata aku dalam hati, tak kan lah aku mengigau, eh tak mungkin, aku betul2 dengar bunyi tapak kai orang tadi. Malam tu aku sambung tidur aku biarkan lampu berbuka sampai ke pagi.

Keesokan paginya aku teruskan kerja aku seperti biasa, apa yang mengejutkan aku hari ni bila tiba waktu senja salah seorang pekerja seorang perampuan yang bertudung merah, baju putih dan mengenakn seluar jeans. Baru harini aku jumpa dia, nama dia idah, katanya dia baru sampai ke sana setelah cuti beberapa hari, kami pun berkenalan.

Tiba2 dia tanya, “Bos semalam bos tidur buka lampu ka?” aku jawab “iya, kenapa kau tanya?” dia diam sekejap dia tanya lagi “bos ada Nampak apa2 ka?”, aku kata “tak ada, tapi saya dengar bunyi tapak kaki”, jawabnya ohh “perkara normal la tu bos, taka pa, malam ni kalau tidur jangan lupa baca doa, selalunya benda tu sampai malam kedua ja, malam ketiga dia tak datang, tapi kalau dia datang bukan setakat bunyi ja bos, kalau dia datang malam ketiga itu kira bos ni special”, “ha? Apa kau cakap ni? Benda apa pula? Kau jangan main2 boskuuu” sebelum dia jawab persoalan aku dia berlalu pergi dan meneruskan kerja dia.

Malamtu, malam ketiga, apa yang idah cakap petang tadi masih lagi menghantui fikiran aku, apa benda yang idah cakap tadi tanya aku dalam hati. Ahhh malasla fikir, esok banyak kerja aku tak ada masa la degnan semua ni. Kata aku sebelum masuk tidur.

Malamni, malam ketiga aku berada di sini, malamni la juga idah cakap kalau dia datang malam ketiga, bermaksud aku ni istimewa. Dan memang betul, malam tu dia datang lagi. Kalini aku terjaga disebabkan aku terdengar bunyi tapak kaki, aku segera bangun dan memandang ke sebuah sudut di rumah aku, kawasan sudut tu berdekatan dengan dapur rumah, aku lihat susuk tubuh seorang wanita yang memakai tudung, berbaju putih dan berseluar jeans, dengan mata yang merah menyala memandang kea rah aku sebelum berlari kea rah dapur. Aku lantas bangun dan pergi ke dapur, dan sekali lagi tak ada apa yang aku jumpa, tapi aku yakin, aku yakin sangat dengan apa yang aku Nampak tadi. Aduh, apa ni? Kata aku dalam hati, kalau nak balik pun malam2 mcmni mana ada bot. kalau aku nak pergi tempat lain pun aku tak kenal sesiapa di sini, aku dah tak ada pilihan lain aku kena teruskan juga tinggal di sini. Aku pun naik ke katil dan sambung tidur, sebelum aku tertidur aku teringat yang idah pun mengenakan pakaian yang sama juga tadi petang aku jumpa dia! AHH, ni mesti idah ni, nak takut takutkan aku, tak apa, kau tunggu esok. Kau tunggu. Aku tarik nafas lega, aku ingatkan hantu, rupanya idah pula….

Keeseokan paginya aku bangun, aku kumpul semua staff, aku nak buat meeting tergempar dengan semua, yalah mana boleh ada staff takut2 tetamu atau staff lain, kalau tak lingkuplah kawasan penginapan ni. Kes2 macamni pernah juga terjadi di tempat aku bekerja dulu aku memang pantang lah kalau ada staff2 yang tak professional.

Aku kumpul diorang di pejabat aku, bila semua orang dah sampai aku tanya idah di mana? Selepas aku tanya soalan tu, semua diorang diam dan berpandangan sesame sendiri. Aku naik hairan dengan diorang, aku ulang lagi soalan aku, Idah di mana?.

Lepastu salah seorang dari diorang cakap, “Eh bos, mana ada orang nama idah kerja di sini bos, kalau ada pun, nama dia nursyahidah memang kami panggil dia idah, tapi idah dah meninggal 3 bulan lalu bos”, Dengar sahaja apa yang pekerja aku cakap tadi bulu roma aku berdiri tegak, aku boleh Nampak juga raut wajah beberapa pekerja aku di sana berubah.

Rupa rupanya, memang betullah yang ganggu aku di bilik tu hantu, jin atau syaitan. Aku kata taka pa, kamu semua teruskan dengan kerja kamu. Mereka pun berlalu pergi melaksanakan tugasan mereka untuk hari itu. Tapi aku tak payah cakap dengan diorang, diorang semua tahu yang aku dinggangu oleh roh ida.

Malam keempat, aku terkena demam panas yang aku tak pernah kena sebelum ni, sejuk sampai ke tulang temulang aku, badan aku panas di luar, tapi sejuk di dalam. Aku keteguran. Hari kelima, keenam dan seterusnya tak ada apa2 jadi, Cuma sedikit gangguan bunyi2 tu aku biarkan sahaja, Asalkan dia jangan tunjukkan diri dia di depan2 aku, aku masih boleh survive lagi disini. Berakhirlah tempoh 2 minggu tugasan aku di sana. Bila semua dah ok aku ucapkan selamat tinggal kepada diorang dan balik ke rumah aku yang terletak di kota kinabalu.

Ittulah pengalaman aku ketika tinggal di kawasan perumahan atas air untuk 2 minggu, ada lagi beberapa kisah yang aku ingin kongsikan tentang pengalaman aku berada di pusat pelancongan, mungkin kalau ada kesempatan aku akan kongsikan di lain hari.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BERUPA

GANGGUAN