in

SENARAI SEBENAR INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

Tahukah anda, senarai2 orang terkaya yang ada sekarang ini tidak tepat, mungkin orang yang terkaya di dunia adalah bill gates ataupun jeff bezos, tetapi pada hakikatnya mereka hanya terletak samaada di tangga ke 5 ataupun ke 4. Orang paling kaya di dunia di dalam senarai ini mungkin mengejutkan anda, hi goers anda bersama saya ekram dan hari ini kita akan melihat 5 senarai sebenar 5 orang terkaya di dunia.

Bill Gates

Berumur 62 tahun berasal dari amerika syarikat, sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam carta individu paling kaya di dunia, Bill gates adalah pengasas syarikat Microsoft, sebuah syarikat pengeluar computer dan juga software terbesar di dunia, sehingga hari ini aset bill gates adalah sebanyak 90 billion us dollar.

Dianggap sebagai individu penting di dalam abad moden ini, ciptaan bill gates telah mengubah dunia,  seringkali tersenarai di dalam senarai individu terkaya di dunia sejak tahun 1987 lagi, dia sering menggunakan hartanya untuk tujuan kebajikan melalui orgnaisasi Bill & Melinda gates foundation.

Jeff Bezos – 112  Billion

Berumur 54 tahun berasal dari amerika syarikat, Individu terkaya ke empat di dunia ialah jeff bezos, usahawan internet dan pemilik syarikat Amazon ini mengumpul kekayaanya melalui perniagaan e-dagang ataupun ecommerce amazon.com selain mempunyai syarikat lain termasuk Blue Origin dan memiliki syarikat publikasi the Washington post.

Amazon.com yang ditubuhkan pada tahun 1994 ini adalah website e-dagang terbesar selepas alibaba.com yang dimiliki oleh jack mah. Sehingga hari ini dia mempunyai aset sebanyak 112 billion dollar. Amazon.com Tidak terhad dengan aktiviti jual beli sahaja, amazon juga mempunyai pelbagai perkhidmatan yang lain termasuk simpanan data atas talian yang memberikan dia keuntungan lebih banyak daripada keuntungan jual beli di amazon.com

Vladimir Putin – 200 Billion

Berumus 65 tahun berasal dari Russia, Individu ketiga terkeya di dunia yang tidak pernah di senaraikan adalah presiden Russia Vladimir Putin. Selain menjadi antara individu yang paling berkuasa di dunia beliau juga mempunyai kekayaan yang menakjubkan dengan aset sebanyak 200 billion us dollar menjadikan dia presiden dan ahli politik terkaya di dunia mengalahkan aset presiden amerika syarikat Donald trump.

Vladimir mempunyai pegangan dan kepentingan di pelbagai jenis perniagaan, syarikat dan hartanah di dalam dan luar Negara Russia. Ini dinyatakan di dalam beberapa laporan daripad pihak2 tertentu seperti Hermitage Capital Management, bekas ahli bank Russia yang telah dibuang Negara, Sergei Pugachev, dan juga bekas penasihat kewangan putin Stanislav Belkovsky. Namun  Kekayaan presiden ini sering menjadi kontroversi apabila kerajaan Russia sendiri menafikan perkara ini.  

John D Rockefellar – 340 Billion

Individu kedua terkaya di dunia, dan individu kedua yang telah meninggal dunia di dalam senarai ini.  Dilahirkan di amerika syarika pada tahun 1839, John d Rockerfellar mengumpul kekayaanya di dalam industry minyak selain itu dia juga mempunyai pelbagai jenis perniagaan yang lain. Sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1937 aset John D Rockefellar adalah sebanyak 340 billion dollar.

Walaupun telah meninggal dunia, keluarga rockerfeller adalah antara keluarga yang paling kaya di dunia, apa yang menarik keluarga ini sering dikaitkan dengan konspirasi dan kontroversi rancangan untuk mengawal dunia? Betul atau tidak mungkin akan saya rungkaikan di episode yang lain.

Mansa Musa 1 – 400 Billion

Tahukah anda, individu paling kaya di dunia adalah seorang yang beragama islam? Seorang lagi individu dimana kekayaan tidak dicatatkan di dalam senarai individu terkaya di dunia ialah Mansa Musa 1. Mansa Musa 1 mempunyai aset sebanyak 400 billion dollar. Berbeza dengan individu2 lain di dalam senarai ini, mansa musa 1 hidup semasa abad ke 14 dan menjadi pemerintah pada tahun 1312. Dia adalah seorang maharaja afrika yang memerintah empayar mali, malah majalah time menggelar dia sebagai Individu paling kaya sepanjang zaman.

Mansa Musa 1 memerintah daerah yang kaya dengan sumber semulajadi, khususnya emas. dan dengan kekayaan ini dia terkenal sebagai seorang ketua yang pemurah, pada tahun 1324, dia mengunjungi kota suci Mekah dan menyebarkan kekayaannya di sana. Disebabkan kunjungan ini dunia mengenali Mansa Musa 1 sebagai individu yang paling kaya di dunia buat masa itu. Malah sehingga hari ini beliau masih lagi kekal menjadi individu terkaya dunia walaupun telah meninggal pada tahun 1337.

Amencio Ortega

Memiliki aset sebanyak 68 billion dollar, Amencio Ortega adalah billionaire yang berasa dari perancis, dilahirkan pada tahun 1936, dan berumur 86 tahun. Mengumpul kekayaannya menerusi syarikat textile dan peragaan Inditex Fashion Group, sebuah kumpulan yang memiliki jenama terkenal dunia seperti zara. Dia juga adalah individu kedua terkaya di eropah selepas Bernard arnault.

Memulakan kareer di dalam industry textile dan peragaan pada tahun 1972 dengan hanya menjual jubah mandi, sehingga hari ini dia mempunyai sebanyak 6000 cawangan textile dan peragaan yang melibatkan pelbagai jenama terkenal di seluruh dunia.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sejarah Dan Penjelasan Illuminati

5 TEORI MENARIK TENTANG MULTIVERSE