Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, pergi sawah menuai padi, terima kasih kerana sudi baca cerita kami,
Kupi Kupi GO, sebuah jenama di bawah pengurusan Kumpulan media Thinkervault, Kupi Kupi GO atau dikenali secara ringkas sebagai KKG adalah sebuah saluran maklumat-hiburan yang ditubuhkan sejak dari tahun 2015 lagi, bersiaran di sosial media termasuk Facebook, Youtube, Instagram dan Twitter.
Apa itu Maklumat-Hiburan? – Kupi Kupi GO menyampaikan maklumat dengan cara yang menarik, selain memuatnaik video-video untuk menghiburkan semua penonton.
Apa itu Kupi Kupi? Kupi Kupi pada asalnya adalah ayat Kopi, kami menggunakan slang Sabah yang popular iaitu ‘Kupi Kupi’, contoh ayat sepert ‘Jom Kupi Kupi Dulu Kita’. GO bermaksud sesuatu yang pantas dan cergas. Pengacara Kupi Kupi GO adalah Ekram Mahat yang berasal dari Sabah,
menggunakan bahasa baku di dalam penyampaian supaya boleh difahami oleh Goers yang datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan sesiapa yang boleh memahami bahasa baku.
Apakah jenis video yang dikeluarkan oleh Kupi Kupi GO? Antara segmen utama kami ialah ‘Kupi Kupi Fakta’, di mana kami menyampaikan fakta di dalam bentuk video, dengan maklumat yang manarik dan fakta yang menarik.
Segmen kedua adalah ‘Kupi Kupi Seram’ di mana kami berkongsi kisah-kisah seram fiksyen ‘original’ yang ditulis oleh kami ataupun peminat, ataupun berkongsi pengalaman seram daripada peminat.
Segmen ketiga ialah Segmen ‘Minum Kupi’ iaitu satu segmen dimana kami berinteraksi terus dengan penonton di mana kami bertukar pendapat, idea dan sebagainya.
Segmen yang lain termasuk Topik di mana kami membincangkan topik-topik yang tertentu dan juga perkongsian ilmiah.
Semua ini akan disiarkan pada pukul 8 pagi untuk Kupi Kupi Fakta dari isnin sehingga jumaat, Kupi Kupi Seram pada pukul 10 Malam dari isnin sehingga jumaat, Topik pada pukul 8 pagi pada sabtu dan juga minum kupi pada hari ada pukul 8 pagi.
Kami komited untuk memberikan yang terbaik, namun begitu adalah mengambil masa untuk kami memperbaiki lagi isi kandungan segmen-segmen kami, kualiti video, cara penyampaian dan sebagainya.
Kami akan menemani anda pada setiap hari, anggap sahaja kami sebagai rakan secara atas talian anda, dengan itu kami memerlukan sokongan daripada anda terhadap video-video kami, sokongan anda yang membuatkan kami terus bekarya.
Sekali lagi, terima kasih kerana menonton, jadi sebahagian daripada Goers, kami jumpa anda pada setiap hari, Kupi Kupi GO, menarik, setiap hari.  
✪ Tonton Juga ✪
➔ Kupi Kupi Fakta : http://bit.ly/KKFKTA
➔ Mini Dokumentari : http://bit.ly/MINIDOK
➔ Kupi Kupi Seram : http://bit.ly/KKSERM
✪ Laman Sosial ✪
➔ Website : http://bit.ly/KKG0WEB
➔ Instagram : http://bit.ly/KKG0IGM
➔ Facebook : http://bit.ly/KKG0FB
➔ Twitter : http://bit.ly/KKG0RT
 “Menarik Setiap Hari”