Insiden Serangan dua Masjid di Christchurch, New Zealand
Pada pukul 1.40 petang masa tempatan New Zealand, bandar Christchurch, New Zealand dikejutkan dengan dua serangan masjid di dua tempat berasingan iaitu di Masjid Al Noor dan juga Linwood Islamic Centre membunuh 40 orang dan 20 orang lagi cedera parah.
Agenda-Anti Islamik
Presiden New Zealand Jacinda Ardern membuat kenyataan mengatakan itu adalah “Hari paling hitam New Zealand” selain mengecam penyerang penyerang yang dipercayai mempunyai agenda “Anti-Islamik”.
Status Keselamatan dari Rendah ke Tinggi, larangan mengunjungi masjid
Bukan sahaja memberikan peringatan kepada penduduk di seluruh negara untuk tidak mengunjungi Masjid. Bandar Christchurch juga di dalam keadaan darurat dan status keselamatan negera tersebut juga telah ditukar dari rendah kepada tinggi. Semua penduduk di Christchurh diarahkan untuk mengunci pintu rumah sementara pihak polis New Zealand memberikan arahan seterusnya.
Empat lelaki dan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan, mereka ditemui membawa beberapa pucuk senapang dan juga bahan letupan. Salah seorang daripada mereka bewarganegara Australia.
Identiti Penyerang
Sementara melakukan serang salah seorang daripada pengganas pengecut ini menyiarkan serangan tersebut secara langsung untuk tontonan rakan rakannya di Facebook.
Lelaki tersebut dikenali melalui nama akaun Facebook “Brendon Tarrant 9”, berumur 28 tahun, dilahirkan di Australia. Beberapa jam sebelum membuat serangan, brendon memuatnaik 74 manifesto di laman Facebooknya untuk menjelaskan serangan tersebut, dan salah satunya adalah untuk “Membalas dendam terhadap kematian akibat serangan orang luar” selain itu agenda – agenda lain seperti anti-pendatang, dan anti-muslim juga dicatatkan. Dinyatakan oleh kerajaan New Zealand dan Australia, Brendon adalah “Pengganas Sayap Kanan” dan serangan Brendon dan rakan rakannya ini dikecam sama sekali oleh dua negara tersebut malah di seluruh dunia.
Buat masa ini siasatan masih lagi dijalankan, berikut adalah video serangan yang dimuatnaik secara live di Facebook milik Brendon, video ini bersifat 18 SG.
Edit – Video telah dibuang menurut arahan pihak MCMC baca arahan tersebut di bawah
Sumber –
Comments
Loading…