in ,

Walaikumsalam – Kupi Kupi GO Original

Aku ni duduk di sebuah kampung di daerah Pahang, senang cerita aku ni memang orang kampung yang jarang ke Bandar, turun ke Bandar pun sekali sekala sahaja, kalau ada urusan barulah aku ke Bandar. Tapi di Bandar tu banyak juga keluarga aku di sana, jadi kalau ke Bandar aku tak perlu nak sewa rumah aku tumpang sahaja rumah diorang.

Aku telah dipanggil untuk temuduga di sebuah syarikat sebagai seorang pengawal keselamatan. Jadi aku hubungi saudara aku di Bandar dan menyatakan hasrat aku untuk tinggal di sana beberapa hari sementara aku menghadiri temuduga tu. Diorang ok ja, dipendekkan cerita aku pun sampai ke rumah saudara aku. Diorang tinggal di apartment, bilik bertiga. Seorang saudara aku yang 2 lagi kawan2 dia.

Hari pertama aku di sana, semuanya ok sahaja, saudara aku dengan rakan dia tu pun peramah, tapi aku tak pernah jumpa yang seorang lagi, diorang kata sejak dua menjak ni dia jarang keluar dari bilik, kalau keluar pun makan sahaja, kalau nak mandi pun dia tak perlu keluar sebabb bilik dia master room ada bilik mandi sendiri.

Aku pun tnaya, kenapa pula kawan kau tu tak keluar bilik? Diorang kata dia baru putus cinta, biasalah kalau iman tak kuat hadapi dugaan putus cinta, macamtulah jadinya, tapi normal lah, bagi masa dia sikit dalam 2 3 minggu ok la tu.

Ohh yaka? Kata aku, oh2…aku pun malas sangat nak menyebok kan, halo rang. Yalah setiap orang tanggani masalah dengan cara sendiri mungkin tu cara dia.

Aku bercadang untuk tinggal di rumah tu dalam 4 hari, alang2 dah turun ke Bandar ni aku cuba buat urusan2 yang lain pula, macam urusan tanah dan sebagainya. Saudara aku dan kawan dia bekerja di sebuah kilang yang berdekatan. Diorang ni kalau bukan hujung minggu memang lewat ataupun tak balik ke rumah langsung, sebab diorang kalau pagi di kilang malam beniaga di pasar malam, memang kuat kerja. Rutian aku, pagi aku akan keluar dari rumah dan buat urusan aku di Bandar, sampailah lewat petang aku balik, masa aku balik diorang belum ada lagi di rumah kecuali rakan diorang yang sorang lagi tu. Jadi setiap kali aku masuk ke rumah aku akan beri salam Assalamualaikum. Dan aku akan dengar rakan diorang di dalam bilik tu jawab walaikumsalam.

Begitulah untuk hari kedua dan ketiga, hari ketiga aku balik rumah awal sikit, dalam pukul 3 petang. Macam biasa aku beri salam ada orang jawab, tapi kali ni aku rasa ada sesuatu yang pelik di rumah ni, bila aku buka pintu rumah, ya Allah bau busuk, busuk snagat, seperti ada orang berak pula dalam rumah ni. Aduhh…aku pun tak endahkan sangat, aku masuk bilik dan aku tutup hidung dan tidur. Tidak sehingga pukul 6.30 petang aku terjaga, aku terdengar bunyi di luar bilik aku,

Walaikumsalam, walaikumsalam, walaikumsalam…..

Aku segera duduk dari katil, aku cuba dengar betul2, awal2 tu aku ingat jiran sebelah, tapi makin lama aku dengar makin aku perasan yang orang menjawab salam tu, berada dari dalam bilik seorang rakan tu yang tidak pernah aku Nampak sebelum ni. Yang diorang kata terperuk di dalam bilik sebab putus cinta.

Aduh, apa pula ni? Kenapa dia jawab salam padahal taka a orang yang bagi sama.

“walaikumsalam, walaikumsalam, walaikumsalam”

Aku masatu tak tahu nak buat apa, aku cuba berikan salam, “Assalamualaikummm”

Dia berhenti menjawab salam…lepastu aku tersedar lagi aduhh bau busuk ni lagi, aku bangun dan berkeliaran di sekeliling rumah, cuba cari kalau ada bangkai ka, makanan basi ka, cari punya cari punya cari aku tak jumpa apa2, dan semasa aku mencari dari mana bau tu datang aku semakin dekat dan semakin dekat menuju ke bilik rakan saudara aku tu. aku tenung dari koridor aku tengok ja pintu bilik tu. kata aku dalam hati bau ni mesti datang dari dalam bilik ni. Abistu apa aku nak buat?

Tiba2 saudara aku dengan kawan dia sampai ke rumah, diorang pun terkejut dengan bau busuk tu, aku jelaskan dengan diorang aku dah cari kesana kemari apa yang berbau busuk tapi tak jumpa, tapi aku rasa bau tu datang dari dalam bilik. Diorang cuba ketuk pintu dan panggil kawan aku tu, ketuk punya ketuk punya ketuk dia tak menjawab apatah lagi nak buka pintu. Apa yang kami semua pelik, makin kami cuba panggil makin bau busuk tu kuat. Ada dalam 30 minit juga kami cuba ketuk dan penggil, tak berhasil juga.

Tidak sehingga saudara aku ugut dia, kalau kau tak buka kami pecahkan pintu ni, saudara aku kena buat macamtu sebab pelik sangat ni dia tak bukak2 pintu, manatahu kalau jadi apa2 dengan dia. Kemudian

*pintu bilik pecah*

Saudara aku tentang pintu sampai pecah, dia buka lampu, dan yang ini, aku Nampak dengan mata sendiri, ada sekujur mayat yang tergantung dari kipas, penghuni bilik tu, gantung diri! Apa yang lebih mengejutkan kami mayat dia dah hampir reput, tubuh badannya kembang dan bewarna kebiru biruan. Dia bunuh diri dengan menggantung diri, akibat patah hati.

Kami segera menelefon pihak polis dan lepastu pihak polis ambil alih, malamtu juga kami diarahkan untuk mencari tempat tinggal  sementera yang lain sementara diorang menyiasat apa yang berlaku.]Sekarang, aku di kampung, itulah pengalaman aku ketika mengunjungi saudara aku di Bandar. Jawatan pengawal keselaman tu aku dapat, tapi aku tak pergi, sebb trauma sangat.

Apa yang lebih mengelirukan aku, laporan pihak polis cakap dia dah menggantung diri 5 hari sebelum tu. 5 hari. Bermaksud masa aku sampai ke rumah tu dia dah meinggal, habistu, siapa pula yang jawab salam aku masa tu….

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Peradaban Laut Dalam Yang Misteri

Rumah berhantu di jalan nalapak ranau sabah