in

5 Konspirasi Theori Paling Menakutkan di Dunia

  • Artis Digantikan Dengan Klon

Tahukah anda ada konspirasi mengatakan yang ada beberapa orang artis antarabangsa yang dikatakan telah lama meninggal dunia tetapi mereka telah digantikan dengan seseorang yang mirip dengan mereka? Contohnya konspirasi avril lavinge yang dikatakan telah meninggal pada tahun 2003, dia meninggal membunuh diri selepas kematian datuknya. Selepas kematian avril, dia kononnya telah digantikan dengan Melissa Vandella, ini dilakukan oleh syarikat rakamannya supaya lagu avril masih boleh diterbitkan.

Satu lagi kisah melihatkan Paul Mcartney ahli kumpulan the beetles, kononnya ramai yang percaya dia telah meninggal pada tahun 1966 tetapi telah digantikan oleh seseorang yang mirip dengan paul. Di sebuah lagu dikeluarkan oleh ahli the beetles yang lain iaitu George Harrison dan John Lennon bertajuk ‘A Day in The Life’ jika dimainkan secara terbalik akan memainkan lirik Paul is Dead miss him, miss him, kononnya itu mesej subliminal dihantar kepada peminat mereka untuk memaklumkan yang paul sebenarnya telah lama meninggal dunia.

9. Pencipta Air menggantikan Minyak Kenderaan dibunuh

Ini adalah konspirasi theory tentang seorang lelaki yang mengaku telah mencipta teknologi menggunakan air untuk menguasakan enjin kenderaan tetapi telah dibunuh, dengan erti kata lain jika teknologi menggunakan air menggantikan minyak ini digunakan, penggunaan minyak untuk menguasakan kenderaan tidak lagi releven. Lelaki tersebut dikenali sebagai Stanley Meyer yang meninggal pada tahun 1998. Ahli konspirasi theory percaya yang dia kononnya telah dibunuh disebabkan ciptaanya boleh menggugat penjualan minyak mentah di seluruh dunia.

Namun konspirasi hanya konspirasi semata mata, sebab kalau betul pun, tiada satupun syarikat pengeluar kenderaan pernah cuba untuk menghasilkan teknologi seperti ini.

  • Syarikat Farmasi Gegasi Tahu Cara Mengubati Kanser

Ini adalah konspirasi theory mengatakan yang syarikat-syarikat gergasi perubatan sebenarnya tahu cara untuk mengubati kanser, tetapi mereka merahsiakan rawatan tersebut dari umum supaya mereka boleh menjual lebih banyak perkhidmatan dan ubat ubatan kepada mereka yang mahu merawat kanser. Bayangkan untuk melalui satu rawatan Chemotherapy memakan kos sehingga RM75 ribu tidak termasuk ubat ubatan dan kos yang lain. Dan konspirasi ini mengatakan kalau mereka memberikan rawatan kanser kepada umum maka tiada siapa lagi yang akan membelanjakan wang sebanyak itu.

Tambahan lagi pada tahun 2006 dahulu seorang penulis majalah Harper Celia Farber mengatakan yang kerajaan sengaja menyebarkan AIDS di kalangan umum dengan tujuan lebih ramai lagi yang akan berbelanja untuk menjalani rawatan cancer.

  • Raksasa Menakutkan di Dasar Lautan

Lebih dari 70 peratus bumi kita diliputi oleh air lautan, banyak lagi Kawasan lautan yang masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini, dengan itu ramai ahli konspirsasi theory percaya masih ada lagi hidupan lautan yang belum dikenalpasti oleh manusia, dan diantara hidupan2 ini adalah hidupan raksasa seperti megladon dan juga sotong kurita kraken.

Megladon adalah sebuah ikan jerung yang sangat besar hidup pada 28 juta tahun dahulu, tidak sehinga 1.6 juta tahun dahulu mereka pupus dari muka bumi. Namun begitu masih ramai lagi yang percaya terdapat raksasa megladon di Kawasan terdalam di bumi iaitu mariana trench hidup tersembunyi dari pandangan umum.

  • Raksasa Menakutkan di Perut Bumi

Kalau tadi kita lihat konspirsi hidupan menakutkan di dasar lautan kali ini kita lihat pula hidupan menakutkan dari dalam perut bumi. Golongan yang percaya perkara ini menggelar diri mereka sebagai cryptozoologist dimana mereka percaya yang haiwan seperti dinosaur dan haiwan mitos yang lain seperti naga masih lagi hidup bersembunyi di dalam perut bumi.

Konspirasi lain yang dikaitkan dengan konspirasi ini ialah konspirasi Hollow Earth, dimana mereka percaya terdapat satu peradaban di perut bumi yang lebih maju dari peradaban manusia di permukaan tetapi tidak pernah keluar dan hidup secara bersembunyi di dalam perut bumi.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Jelmaan Makhluk Menakutkan Dari Seluruh Dunia

5 Teori Konspirasi Antartika